Bagaimanakah Perlaksanaan Undian Piala Dunia Sepanjang Zaman? Bahagian Akhir

Pertemuan seteru sesama tetangga, pertemuan balas dendam mewarnai undian Piala Dunia sepanjang zaman. Era Internet meletus membantu informasi diterima cepat masyarakat dunia. Begitu juga dengan bantuan siaran televisyen satelit.

Dalam bahagian kali ini, kami membawakan undian yang diadakan pada 1998 sehinggalah 2014..

1998 – Pengenalan kepada 32 pasukan

Undian Piala Dunia 1998 di Marseille, Perancis.

Semua sudah maklum bahawa Piala Dunia 1998 menjadi kejohanan pertama menggunakan format 32 pasukan. Tetapi penentuan balang semasa undian agak menarik juga.

Seperti undian sebelum ini, Ranking FIFA dan pencapaian tiga kejohanan terdahulu masih dijadikan ukuran penentuan balang. Croatia, Jepun, Afrika Selatan serta Jamaica bertanding buat pertama kali.

Balang 1 mempunyai 8 negara. Negara-negara tersebut ialah Perancis (tuan rumah), Brazil (juara bertahan), Argentina, Jerman, Itali, Belanda, Romania dan Sepanyol. Balang 2 mempunyai 9 pasukan Eropah. Balang ketiga menyaksikan pasukan Amerika Selatan dan Asia diletakkan bersama. Pasukan CONCACAF dan Afrika pula disekalikan dalam Balang 4.

Uniknya semasa undian dilakukan, ia pertama kali diadakan di stadium. Stade Velodrome di Marseille dijadikan venue undian.

2002 – Pertama di Asia

Pele membantu sewaktu undian Piala Dunia 2002.

Selain dianjurkan di benua Asia, ia mencatat sejarah apabila penganjuran Piala Dunia diadakan di dua negara yang berlainan. Korea Selatan dan Jepun telah diletakkan bersama dalam pasukan pilihan, Argentina, Brazil, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol dalam satu balang undian.

Balang kedua menempatkan pasukan Eropah sebanyak 11 pasukan. Balang ketiga masih mengekalkan pasukan dari Amerika Selatan dan Asia (5 pasukan) dan balang keempat diletakkan pasukan dari CONCACAF dan Afrika. Kali ini, China, Ecuador, Senegal dan Slovenia membuat debut untuk Piala Dunia.

Satu kumpulan tidak akan mempunyai lebih daripada dua pasukan Eropah. Selain itu juga, tidak akan ada pasukan lain dari Amerika Selatan bertembung sesama sendiri. Begitu juga keadaannya bagi pasukan Asia walaupun ada dua negara tuan rumah.

2006 – Kembali ke Jerman

Undian Piala Dunia 2006 di Jerman. Sumber; Google.

Piala Dunia 2006 inilah menyaksikan satu perubahan ketara dalam sejarah penganjuran Piala Dunia. Juara bertahan tidak diberikan slot automatik ke kejohanan seterusnya.

Pengasingan mengikut konferedasi benua masih digunakan. Balang B menempatkan pasukan Afrika, Oceania dan Amerika Selatan. Balang C menempatkan pasukan Eropah manakala pasukan Asia dan CONCACAF diletakkan dalam Balang D. Balang khas X telah diisi oleh Serbia dan Montenegro.

Pasukan pilihan diletakkan dalam satu balang khas iaitu, Argentina, Brazil, England, Perancis, Jerman, Itali, Mexico dan Sepanyol. Peraturan mudah digubal, tidak akan ada dua pasukan dari konferendasi sama kecuali Eropah diundi bersama.

Ramai mengatakan Kumpulan C yang dianggotai oleh Argentina, Belanda, Ivory Coast serta Serbia dan Montenegro ialah kumpulan maut.

2010 – Waka waka Afrika Selatan

Undian Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Sumber; FIFA.

7 pasukan ranking teratas FIFA pada Oktober 2009 serta Afrika Selatan telah diletakkan di Balang 1. Pasukan dari Asia, CONCACAF dan Oceania diletakkan dalam Balang 2.

Balang 3 pula dianggotai oleh pasukan dari Afrika dan Amerika Selatan. Baki pasukan Eropah yang lain diletakkan di dalam Balang 4.

Mirip undian 2006, tidak akan ada pasukan dari konferedasi sama akan diundi dalam kumpulan yang sama. Kekecualian itu terpakai oleh pasukan Eropah.

2014 – Samba di Brazil

Undian Piala Dunia 2014 di Brazil. Sumber: Mirror.

Ia masih diingati kerana ada elemen kejutan kepada pemerhati bola sepak. Balang sementara digunakan untuk membantu tidak ada pasukan dari benua yang sama diundi bersama.

Namun, ia masih membenarkan pasukan Eropah diundi bersama dengan maksimum dua pasukan. Balang 1 diduduki Brazil dan 7 pasukan ranking FIFA tertinggi pada Oktober 2013.

Balang 2 dianggotai pasukan dari Afrika dan Amerika Selatan. Balang 3 dianggotai pasukan dari Asia dan CONCACAF. Balang 4 dihuni pasukan Eropah.

Difahamkan ini peraturan pengasingan balang mengikut konferendasi benua tidak akan digunakan untuk undian Piala Dunia 2018.

Rumusan

Diharapkan penerangan ini dapat membantu kefahaman kepada pembaca setia mengenai metodologi atau modus operandi undian Piala Dunia yang lalu.

Namun begitu, apa kami harapkan undian Piala Dunia 2018 dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh FIFA. Tanpa sebarang kontroversi!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN