Adakah Sasaran Pasukan Bola Sepak Kita Optimistik Atau Syok Sendiri?

Artikel ini ditulis oleh pembaca kami, Hazeem. Follow beliau di Twitter @hazeemdin.

Saban tahun kita seringkali dengar setiap pasukan meletakkan sasaran tertentu untuk saingan Liga Malaysia. Tak salah nak letakkan sasaran supaya jurulatih tahu apa petunjuk aras prestasi (KPI) yang perlu dicapai untuk tahun tersebut. Akan tetapi ada sebahagian pengurusan meletakkan sasaran yang amat melampau-lampau.

Contoh :

“Perlis sasar layak Liga Super 2015”
“KL sasar dua tempat teratas Liga Perdana 2015”
“ATM sasar sekurang-kurangnya satu piala musim ini”

Berdasarkan senario di atas, aku melihat kadang-kadang barisan pengurusan pasukan dlm Liga Malaysia ni syok sendiri, suka-suki meletakkan sasaran dengan hanya melihat kekuatan pasukan sendiri TANPA melihat kekuatan pasukan lain.

mehwhatever

Salah satu contoh Perlis, target naik Liga Super pada 2015. Sasaran ini dibuat oleh Perlis FA ketika mereka masih bermain dalam liga Perdana. Tapi pemain-pemain yang ada jauh jarak kualitinya dengan pasukan-pasukan lain. Sekarang sudah pun masuk tahun 2015, mereka terperosok ke dalam liga FAM pula. Ini bermakna pengurusan Perlis FA sudah gagal dalam kerja mereka kerana gagal mencapai KPI yang mereka sendiri tetapkan.

PERLISFAIL

Masalah ini timbul apabila sasaran ini ditetapkan oleh individu-individu yang tidak terlibat pun dalam hal-ehwal latihan dan perlawanan. Mereka meletakkan sasaran yang tinggi tetapi tidak membantu pun barisan jurulatih dan pemain-pemain mereka untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Akibatnya, barisan jurulatih dan pemain pula yang tertekan, sekaligus tidak membantu siapa-siapa pun baik dari para penyokong, pemain, sehinggalah jurulatih.

Tiada masalah jika mereka mahu bercita-cita tinggi dengan meletakkan sasaran yang tinggi. Mungkin mereka adalah golongan ‘gelas separuh penuh’. Tetapi cita-cita tinggi mereka perlulah disokong dengan struktur kewangan yang kukuh, kemudahan latihan yang terbaik, barisan pemain-pemain yang berbakat dan berkualiti dan barisan jurulatih yang berkaliber.

10425163_328685750628064_5338440205297930124_n

Jikalau struktur kewangan pun masih bergantung harap dengan dana FAM, kualiti pemain sekadar tangkap muat, kualiti jurulatih pun yang sedang-sedang sahaja selain kemudahan latihan yang berada pada tahap rendah, tetapi masih beria-ria meletakkan sasaran tinggi – inilah namanya syok sendiri.

Itu tak campur lagi dengan pihak pengurusan yang menjalankan kerja memilih pemain. Bagaimana jurulatih nak buat kerja? Nak taknak terpaksa dia gunakan pemain yang sedia ada. Bukan setakat itu, ada juga pihak pengurusan yang terlalu dahagakan keputusan segera. Mereka terlalu mengejar kejayaan jangka masa pendek. Bagi mereka, melaburkan RM1 juta untuk membeli pemain import lebih penting daripada menggunakan duit tersebut untuk menaik taraf padang latihan.

football-pitch

RM1 juta untuk seorang pemain import mungkin menguntungkan pasukan untuk semusim-dua, tetapi RM1 juta untuk padang latihan yang berkualiti menguntungkan pemain dan pasukan untuk berpuluh-puluh tahun.

Aku setuju keputusan perlawanan sangat penting dalam tentukan sama ada sasaran pasukan tercapai. Tapi adakah pihak pengurusan perlu masuk campur dalam hal-ehwal taktikal jurulatih seperti yang berlaku pada Ron Smith semasa beliau mengurus Pahang pada awal 2014? Golongan-golongan macam ini merupakan penyebab bolasepak kita tak ke mana. Jurulatih tiada kebebasan untuk mengatur strategi mengikut acuan sendiri.

Sudah-sudahlah jangan ganggu tugas jurulatih wahai pengurusan dlm pasukan Liga Malaysia. Berikan kebebasan. Pemain kita perlukan pendedahan terhadap kepelbagaian taktikal.

Sudah-sudahlah mengejar “KEJAYAAN SEGERA” , fokuslah kepada usaha untuk memajukan pembangunan akar umbi.

Sudah-sudahlah meletakkan sasaran yang amat amat tidak realistik, ukurlah baju di badan sendiri.

Memandangkan Liga Malaysia sudah berada di minggu ke-3, aku harap buat pihak-pihak pengurusan yang meletakkan sasaran yang amat merapu tak terlambat lagi untuk mengubah sasaran mereka terhadap jurulatih. Letak sasaran yang realistik dengan melihat kekuatan pasukan sendiri dan kekuatan pasukan lawan.

Jangan jadi pengurusan yang SYOK SENDIRI!

wwyp

 

Anda mahu menulis tentang bola sepak? Tulis apa-apa sahaja pasal bola sepak (artikel lepas geram, cadangan dan sebagainya) dan hantar artikel tulisan anda ke [email protected] dan kami akan siarkan di laman web kami.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sumber gambar: Johor Southern Tigers, Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN