Suarez, Torres, Alonso & Mascherano Akan Kembali Ke Anfield

Luis Suarez, Fernando Torres, Xabi Alonso dan Javier Mascherano merupakan nama-nama besar yang dijangka bakal beraksi di Anfield sempena perlawanan testimonial Steven Gerrard. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 29 Mac ketika saingan liga perdana Inggeris (EPL) berehat seketika untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Perlawanan ini akan diadakan di antara Gerrard’s Liverpool dan Gerrard XI yand dipilih sendiri oleh Steven Gerrard.

Perlawanan testimonial ini diadakan untuk meraikan sumbangan Steven Gerrard sepanjang bermain untuk Liverpool. Gerrard akan berpindah ke LA Galaxy pada musim hadapan dan beliau sudahpun menandatangani kontrak selama 2 tahun bersama kelab dari Amerika Syarikat itu.

Gerrard dijangka akan membuat penampilan terakhir beliau bersama Liverpool semasa perlawanan menentang Crystal Palace yang dijadualkan pada 16 Mei di Anfield.

Lihat video di bawah untuk mengetahui perjalanan karier lagenda Liverpool, Steven Gerrard.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN