Maurizzio Sarri menyatakan beliau tidak gentar untuk bercakap berterus-terang semata-mata kerana takut dengan kuasa pemain ataupun pengurusan.
Maurizzio sarri sebelum ini lantang mengkritik pemain beliau selepas kekalahan 2-0 di tangan Arsenal. Menurut Sarri: kumpulan pemain yang ada sekarang sangat sukar untuk dimotivasi.
Ianya lantas mengundang kerisauan oleh ramai pihak. Sebelum ini, Jose Mourinho dan Antonio Conte dipecat – salah satu daripada sebabnya adalah kerana kuasa pemain yang menentang mereka di bilik persalinan.
Maurizzio Sarri pula tidak gentar dengan perkara itu. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan pernah takut untuk bercakap benar. Dan beliau tidak risau dengan tentangan kuasa pemain.
Sarri berkata: “Saya tidak tahu [akan risiko seperti itu], ini adalah karakter saya. Rasanya Tiada apa yang berisiko daripada apa yang saya lakukan. Pemain-pemain ini ada otak dan mereka juga sedar akan tanggungjawab masing-masing. Jadi Saya tidak rasa saya merisikokan apa-apa.”
“Saya menyatakan pemain-pemain ini sukar untuk dimotivasikan – ianya ditujukan kepada sekumpulan pemain yang boleh berfikir, boleh mendengar dan tidak akan mentafsirnya dengan cara yang salah.”
“Mungkin ada sedikit risiko. Sebab apabila kamu bercakap sebegitu kamu akan membuatkan beberapa orang terasa serta menimbulkan konflik. Namun ini sudah cara saya. Dan saya jenis yang suka cakap depan-depan.”
“Pada pandangan saya, para pemain tidak akan terasa hati kerana para pemain kami ada sifat kepimpinan dalam diri.”
Beliau juga tidak menolak ada kemungkinan dalam kumpulan pemain yang beliau latih sekarang ada pemain yang tidak gemar dengan cara itu. Namun Sarri menegaskan beliau tidak ada masalah dengan mana-mana pemain yang tidak sehaluan pendapat dengan beliau.
Ini kerana, kadangkala para pemain juga ada pandangan tersendiri untuk tidak mahu melakukan apa yang pengurus mahukan. Walaupun, beliau mahu setiap pemain mengubah karakter mereka demi pasukan.
“Saya rasa kami harus mengubah mentaliti; dan dengan kumpulan permainan kami agar kami ada kemampuan melakukan perubahan karakter.”
Maurizzio Sarri juga dilihat lantang menyindir pengurusan tentang isu perpindahan pemain.
Sebelum ini rakan senegara beliau Antonio Conte tidak sehaluan dengan pengurusan. Ini kerana Conte seringkali mempertikaikan polisi perpindahan di Chelsea yang dikawal oleh lembaga pengarah dan eksekutif. Kuasa pengurus pula salah terhad di dalam jendela perpindahan.
Sarri enggan membincangkan tentang isu pemecatan Conte tersebut. Ini kerana beliau menyatakan tidak tahu akan perkara itu.
Sarri memberitahu pasukan yang ada perlu dirombak sedikit kerana sebelum ini mereka bermain dengan sistem bek bertiga.
Menurut Sarri, beliau adalah cikgu yang baik dalam bola sepak. Namun begitu beliau tidak mampu untuk mengajar para pemain dengan pendekatan yang beliau sendiri tidak tahu.
Sarri menyatakan pasukan Chelsea sekarang bermain dengan sistem bek berempat sebagai formasi utama.