David Luiz: Para Pemain Chelsea Masih Berada Di Belakang Maurizio Sarri

Tonggak pertahanan, David Luiz menegaskan bahawa para pemain Chelsea masih memberikan sokongan terhadap Maurizio Sarri walaupun pengurus kelahiran Itali itu lantang mengecam anak buahnya pada perlawanan bertemu Arsenal tempoh hari.

Sarri ternyata kecewa dengan prestasi yang ditampil sehingga menyebabkan Chelsea tumpas 0-2 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium Emirates.

Kekalahan tersebut membolehkan Arsenal dan Manchester United semakin menghampiri The Blues (perbezaan tiga mata) dalam usaha perebutan empat pasukan teratas sekaligus melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2019/2020.

”Dia (Maurizio Sarri) tidak gembira, tetapi tiada sesiapa pun yang gembira, jadi ia adalah sesuatu yang biasa.”

LONDON, ENGLAND – JANUARY 19: Maurizio Sarri, Manager of Chelsea reacts during the Premier League match between Arsenal FC and Chelsea FC at Emirates Stadium on January 19, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

”Ini adalah cara kami, ini falsafah kami. Saya merasakan jika anda bertanyakan pada awal musim adakah Chelsea mampu mengawal bola (penguasaan bola), anda akan mengatakan tidak.”

”Dan ketika ini kamu telah melakukannya, seperti pasukan terbaik di dunia tetapi kemudian kami perlu memperbaiki di 25 meter terakhir.”

”Itu adalah sebahagian daripada proses, dimana anda cuba untuk melakukan sesuatu dan ia berada dalam minda anda, jika anda percayakannya anda boleh mencapainya.”

”Kerana keputusan itu sekiranya anda cuba untuk berubah dan berubah, anda tidak akan kemana-mana. Jadi ini adalah falsafah kami, saya mempercayainya. Saya hanya tahu kami perlu untuk meningkat, seperti mana-mana pasukan di dunia.”

”Apa yang dilakukan ketika ini oleh Sarri adalah perkara yang luar biasa, menakjubkan kerana kebiasaannya sesebuah pasukan memerlukan dua atau tiga tahun untuk memahami falsafah, seperti Manchester City dan Liverpool yang bermain dengan cukup baik bersama bola ketika ini.”

”Apa yang dilakukannya cukup menakjubkan, jadi perlu untuk terus meningkat. Saya tidak merasakan seperti itu (pemain hilang keyakinan), semua masih percaya dengan tugas yang dijalankan dan semua masih berada di belakangnya.”

Sarri sebelum ini berang selepas skuad bimbingannya tumbang ditangan Arsenal dan beliau mempersoalkan mentaliti serta menyifatkan sukar untuk memberikan motivasi buat pemain Chelsea pada perlawanan tersebut.

Chelsea bakal berdepan Tottenham Hotspur dalam aksi separuh akhir kedua Piala Carabao pada Jumaat ini di Stamford Bridge.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN