Ramai menjangkakan Christian Pulisic adalah pemain yang dimahukan oleh Maurizzio Sarri. Namun sekali lagi Chelsea menandatangani pemain yang bukan diminta oleh jurulatih.
Sebelum ini Antonio Conte pernah menyatakan beliau terkejut kerana Chelsea membeli Ross Barkley.
Antonio Conte reveals he's 'worried' about Ross Barkley just three weeks after signing Chelsea midfielder https://t.co/tdfZtIEbiR pic.twitter.com/2PhJzbmN6Q
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 31, 2018
Conte kemudian menyindir pengurusan tertinggi Chelsea ketika wartawan bertanya tentang Andy Carroll. Conte berkata, yang beliau tahu Carroll pemain yang baik dan beliau tidak pasti mungkin pemain itu juga tiba-tiba akan berada dalam pasukannya. Conte menambah: “Kelab yang menandatangani pemain bukan saya.”
"The club signs the player, not me.' – Antonio Conte
Sounds like a man who knows that Andy Carroll is on the way.
— Paddy Power (@paddypower) January 5, 2018
Di Chelsea kuasa pengurus dalam pembelian pemain sangat terhad. Beberapa tahun yang lalu, Jose Mourinho pernah dikejutkan dengan pembelian Shevchenko atas kehendak pemilik kelab.
Kini giliran Maurizzio Sarri diberikan kejutan yang serupa oleh Chelsea. Sarri berkata beliau tidak tahu akan perpindaan Pulisic walaupun beberapa bulan lalu kelab ada bertanya kepada beliau tentang pemain itu.
Sarri memberikan respon positif tentang pemain tersebut. Sarri berkata: “Saya tidak tahu apa-apa tentang Pulisic semalam. Kelab ada bertanya tentang pandangan saya tentang beliau sebulan yang lalu.”
“Saya memberikan pandangan yang positif. Dan hari ini, saya diberitahu perjanjian sudah dimeterai. Saya tidak tahu apa-apa.”
Ketika wartawan menganggap Sarri sudah selesai dengan kenyataannya, Sarri kemudian menyambung beliau tidak ada kuasa dalam mengawal pasaran perpindahan pemain.
“Saya tiada kuasa dalam pasaran. Saya hanya memikirkan soal perlawanan, saya ada perlawanan setiap 3 hari. Dan saya hanya boleh memberitahu pandangan saya kepada kelab [berkenaan perpindaan pemain].”
Maurizio Sarri said he was asked about and likes Christian Pulisic, but didn't know the transfer was happening until today. pic.twitter.com/FQa4h3qr6T
— NBC Sports Soccer (@NBCSportsSoccer) January 2, 2019
Namun Sarri menyatakan Chelsea menerusi Pegarah Sukan mereka juga mahukan yang terbaik dalam memperbaiki kelab.
Persoalannya kini, adakah pemain yang ditandatangani oleh Chelsea akan menepati kehendak pengurus terutama sekali taktikal. Dan jika pemain itu tidak sesuai, pastinya pengurus tidak akan menurunkan mereka. Ketika ini biasanya berlakunya konflik.
Kes yang sama berlaku kepada Danny Drinkwater yang dibeli oleh Chelsea secara panik selepas Antonio Conte meminta mereka mendapatkan Alex Oxlade Chamberlain yang versatile.
Namun kelab itu gagal mencari pemain tengah yang dimahukan pengurus dan menggantikannya dengan pilihan mereka. Selepas itu Danny Drinkwater gagal mendapat tempat dalam pasukan Chelsea meskipun sudah kembali cergas sepenuhnya.
Christian Pulisic menyertai Chelsea dari Borussia Dortmund dengan nilai perpindahan £57 juta. Ada segelintir penyokong Chelsea menyatakan kerisauan mereka – pemain ini lebih kepada ‘signing’ atas sebab pemasaran di Amerika Syarikat – ini selepas Sarri menyatakan beliau tidak tahu menahu akan transaksi Pulisic sehinggalah ianya diumumkan pada semalam.
Liebe Borussen 🖤💛 (🇺🇸🇬🇧) pic.twitter.com/nAKgF1sHdI
— Christian Pulisic (@pulisic) January 2, 2019
Kenyataan Sarri ini mungkin agak mengejutkan. Rakan senegaranya, Conte sebelum ini seorang yang lantang dalam melontarkan pandangan beliau ke atas sistem perpindahan di Chelsea. Tidak lama selepas itu hubungan Conte dengan pengurusan Chelsea menjadi tegang.
Pengarah Sukan Chelsea, Marina Granovskaia gembira kerana mereka cepat bertindak menandatangani pemain muda itu yang dianggapnya sebagai bakat penting dalam membantu Chelsea pada masa akan datang.
Pastinya penyokong Chelsea berharap Christian Pulisic sesuai dengan corak permainan Chelsea di bawah kendalian Maurizzio Sarri.