Maurizio Sarri menyalahkan para pemainnya selepas kekalahan di tangan Lyon. Menurut Maurizio Sarri, tiada masalah dengan taktikal beliau, tetapi para pemain Juventus terlalu perlahan untuk melaksanakannya.
Jaringan tunggal Lucas Tousart memberikan kekalahan mengejut kepada Juventus dalam perlawanan pertama peringkat 16 akhir – Liga Juara Juara Eropah musim 2019/20.
Juventus gagal mencatatkan sebarang percubaan tepat di dalam perlawanan ini.
Sarri berkata kepada wartawan: “Sukar untuk menjelaskan kenapa kami kalah. Namun pada separuh masa pertama kami menggerakkan bola terlalu perlahan. Tiada gerakan.”
“Apabila ini berlaku, secara automatik, pasukan lawan akan menekan kita, mendapat bola balik, malah menjaringkan gol.”
“Kami tiada kesungguhan dan tidak agresif ketika menyerang. Dan 15 minit pertama kami bertahan dengan teruk.”
“Kami agak kurang bernasib baik kerana bolos ketika De Ligt tidak berada di atas padang [kerana menerima rawatan].”
“Pada separuh masa kedua, pasukan kami lebih baik. Namun masih tak cukup baik untuk perlawanan Liga Juara Juara Eropah.”
“Saya tidak faham, kenapa susah sangat saya nak pemain yang boleh faham kepentingan menggerakkan bola dengan cepat. Ini adalah asas.”
“Kita akan terus berusaha untuk perkara ini. Lambat lain, konsep ini akan masuk di dalam kepala mereka.”
“Ssaya berkali kali beritahu mereka, namun terlalu ramai pemain yang menggerakkan bola terlalu perlahan dan kemudian berada di posisi yang salah.”
“Semalam kita berlatih dan kita menggerakkan bola 2 kali ganda lebih laju daripada aksi kita dalam perlawanan sebenar pada hari ini.”
Maurizio Sarri launches extraordinary attack on his Juventus team after slumping to Lyon defeat https://t.co/jp2ops9SK9 pic.twitter.com/vXYweYTGoA
— SportsGridUK (@Sportsgriduk) February 26, 2020
“Ini adalah tidak sama dengan apa yang sepatutnya.”
“Sejak akhir akhir ini, kita seringkali melakukan perkara yang tidak sama dengan apa yang kita buat ketika latihan.”