Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengakui yang Liverpool berada 1 langkah di hadapan Chelsea ketika ini terutama sekali dari segi gaya permainan bola sepak.
Sarri yang dikenali dengan kegilaannya kepada taktikal berasaskan high pressing menyatakan yang Chelsea memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk membentuk pasukan seperti Liverpool.
“Kami selepas ini akan berhadapan dengan pasukan yang sangat, sangat bagus.”
“Berhadapan dengan pasukan yang sudah bekerja dengan pengurus yang sama untuk 3 atau 4 tahun.”
“Mereka satu langkah di hadapan kami buat masa ini. Kami baru bekerja (membentuk taktikal) pada 35 daripada 40 hari yang lalu. 10 hari tu tolak minggu antarabangsa.”
“Kami perlu bekerja mungkin untuk setahun untuk setaraf dengan apa yang ada di Liverpool.”
Ditanya tentang komen beliau selepas seri dengan West Ham. Sarri berkata:
“Rasanya, kami perlu menggerakkan bola lebih pantas. Kami perlukan lebih perbanyakkan lagi gerakan tanpa bola.”
The points are shared this afternoon. #WHUCHE pic.twitter.com/42ILYUgiW8
— Chelsea FC (@ChelseaFC) September 23, 2018
“Kami memperbaiki aspek pertahanan kami dan dalam 2 atau 3 perlawanan, kami bertahan dengan sangat baik.”
“Tetapi kami harus memperbaiki aspek serangan, terutama sekali bermain dalam perlawanan seperti ini (menentang West Ham yang bermain defensif).”
Sarri memberikan kredit kepada West Ham kerana bertahan dengan sangat baik dan membuatkan Eden Hazard sukar bergerak.
“Hari ini sangat sukar nak bermain di bahagian dalam. Mereka berjaya memintas setiap hantaran kepada Giroud dengan baik.”
“Jadi, kami memerlukan 2 pemain sayap (tipikal active crosser).”
“Hazard bermain baik dalam 25 minit terakhir, lebih banyak di kanan berbanding kiri, ianya sangat sukar untuk penyerang kami dan 2 pemain sayap.”
Kenyataan Sarri ini bermaksud, beliau menukar pemain inverted winger kepada pemain sayap klasik yang lebih kepada penghantar bola silang.
Oleh itu Hazard diletakkan di kanan kerana dia kaki kanan dan tidak memiliki hantaran lintang yang baik dengan kaki kiri.
Posisi biasa Hazard di inverted winger, mereka akan cut inside untuk menjaringkan gol dan kurang obligasi untuk melakukan hantaran silang yang kerap.
Sarri menganggap West Ham pasukan yang baik dan dia sendiri tak percaya kenapa pasukan ini boleh tewas dalam 4 perlawanan pertama mereka.
Dan Sarri tak hairan pasukan itu memberikan mereka masalah selepas mendapat keyakinan mereka daripada kemenangan ke atas Everton sebelum ini.
“1 mata itu taklah teruk sangat. Mustahil untuk anda menang setiap minggu.”