Masa depan Antonio Conte di Chelsea namapaknya menuju ke penghujungnya. Sumber daripada koresponden Sky Sports, Fabrizio Romano menyatakan yang Maurizio Sarri bakal memeterai pernjanjian dengan Chelsea.
Chelsea dikatakan akur dengan permintaan Napoli yang berkeras mahukan klausa perlepasan €8 juta dibayar untuk Maurizio Sarri.
Chelsea sebelum ini terpaksa melengahkan urusan mendapatkan Sarri kerana enggan membayar €8 juta yang diminta. Lebih-lebih lagi Napoli sudah melantik Ancelotti sebagai pengurus baru.
Chelsea akhirnya memuktamadkan perjanjian seperti diminta Napoli. The Blues dijangka akan segera mengumukan Sarri sebaik sahaja menyelesaikan urusan pemecatan Conte.
Fabrizio Romano juga memberitahu yang pemain sasaran Manchester City, Jorginho, juga akan menyertai Sarri ke Chelsea. Pemain itu akan menolak tawaran Manchester City.
Chelsea setuju membayar keseluruhan €65 juta untuk Sarri dan Jorginho. €8 juta untuk Sarri dan €57 juta untuk Jorginho.
Napoli dikatakan menerima bidaan daripada Chelsea selepas kelab itu menawarkan harga lebih tinggi daripada Man. City.
Presiden Napoli, De Laurentiis berkata:
“Kami minta maaf kepada Man. City kerana kami sudah mencapai kesepakatan dengan mereka untuk Jorginho, 15 hari lalu.”
“Namun, tiba-tiba tawaran lebih tinggi daripada Chelsea kepada Napoli dan Jorginho sendiri. Dan saya rasa dia akan menyertai Chelsea.”