Rating Pemain Croatia vs England, Ivan Perisic Ancaman Terbesar Buat The Three Lions

Rating

Ivan Perisic jelas menjadi ancaman terhebat buat England selepas berjaya menjaringkan satu gol serta mencipta satu bantuan jaringan pada perlawanan sebentar tadi.

Berikut adalah penilaian para pemain Croatia bertemu England.

Danijel Subasic – 6.0

Dibocori pada minit awal permainan menerusi sepakan percuma yang diambil Kieran Trippier.

Mengalami sedikit kecederaan tetapi masih mampu beraksi hingga tamat permainan.

Sime Vrsaljko – 7.5

Di antara pemain Croatia yang tidak berada di tahap kecergasan yang sepenuhnya.

Namun, masih mampu naik keatas bagi membantu serangan di bahagian sayap dan turun sementara England melakukan serangan.

Melakukan hantaran lintang menarik untuk gol penyamaan yang dihasilkan Ivan Perisic.

Dejan Lovren – 5.0

Bergelut untuk menyaingi kepantasan Raheem Sterling yang memaksa beliau melakukan beberapa terjahan keras.

Domagoj Vida – 8.0

Menjadi mangsa ejekan para penyokong pada separuh masa pertama.

Kental di bahagian pertahanan dan England kelihatan sukar untuk mengatasinya.

Ivan Strinic – 5.0

Mudah diatasi oleh Trippier dan Kyle Walker yang mendominasi bahagian sayap.

Dikeluarkan akibat kecederaan yang dialaminya pada masa tambahan.

Marcelo Brozovic – 6.0

Orang ketiga di bahagian tengah yang membantu Croatia mengawal pemain England dengan baik.

Sedikit tenggelam pada separuh pertama tetapi meningkat di babak kedua.

Ivan Rakitic – 7.0

Nadi di bahagian tengah Croatia. Membantu bahagian serangan dan juga jentera pertahanan.

Berjaya melakukan 68 hantaran tepat sepanjang perlawanan.

Luka Modric – 7.0

Bermula dengan sedikit perlahan, namun beraksi dengan lebih baik di separuh masa kedua.

Pengaruhnya semakin meningkat apabila perlawanan berganjak ke masa tambahan.

Berjaya melakukan 63 hantaran tepat sepanjang perlawanan.

Ante Rebic – 5.0

Kurang melakukan larian deras seperti kebiasaan apabila England menutup ruang untuk menafikan gerakannya.

Terlepas peluang keemasan pada masa kedua dan dilayangkan kad kuning pada minit ke-96.

Mario Mandzukic – 8.0

Berjaya memperbaiki kualiti penyudahnya yang tenggelam ketika perlawanan bertemu Rusia.

Tidak begitu terlibat dengan gerakan menyerang yang dilancarkan Croatia.

Jaringannya begitu bermakna bagi membawa Croatia ke perlawanan akhir.

Ivan Perisic – 9.0

Ancaman terbesar buat England pada perlawanan ini.

Menjaringkan gol voli untuk menyamakan kedudukan sekaligus menaikkan semangat Croatia bagi mencatatkan kemenangan.

Turut mencipta bantuan kepada jaringan kemenangan oleh Mandzukic.

Pemain simpanan

Josip Pivaric – 6.0

Menggantikan Strinic yang mengalami kecederaan pada masa tambahan. Memberi ruang buat Perisic untuk fokus dalam mengkucar-kacirkan pertahanan England.

Andrej Kramaric – 5.0

Mendapat beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun, usaha yang dilakukannya belum cukup untuk menembusi gawang England.

Vedran Corluka – 5.5

Menggantikan Mandzukic yang kelihatan tidak berupaya untuk beraksi sehingga tamat masa tambahan.

Diarahkan untuk lebih membantu bahagian pertahanan bagi menghadapi serangan dari England.

Milan Badelj – 5.0

Masuk menggantikan Modric ketika perlawanan berbaki dua minit. Tidak mampu untuk melakukan sumbangan yang berkesan.

England 

Jordan Pickford – 8.0

Tindak balas yang menarik dipamerkan dalam mengawasi pintu golnya. Tidak bernasib baik untuk menepis gol penyamaan Croatia.

Berjaya menyelamatkan percubaan berbahaya dari Mandzukic sebelum hampa apabila dibolosi pada minit ke-109 juga menerusi penyerang Juventus itu.

Kyle Walker – 7.0

Aksi bertahan yang agak kental dengan turut melakukan pelindungan segera terhadap serangan balas pantas dilakukan Croatia.

Juga mampu untuk membantu serangan. Tetapi gagal untuk menghalang Perisic dari melakukan jaringan penyamaan.

John Stones – 5.0

Komunikasi yang tidak begitu baik bersama Pickford hampir memberikan gol buat pasukan lawan.

Tidak berada di tahap terbaiknya apabila Walker sering membantunya.

Hilang konsentrasi pada lewat permainan yang mengakibatkan Mandzukic menjaringkan gol kemenangan.

Harry Maguire – 7.0

Sering naik ke atas bagi membantu jentera tengah. Merupakan pemain yang berbahaya ketika situasi sepakan sudut.

Kieran Trippier – 7.5

Melakukan jaringan menarik menerusi sepakan percuma seawal minit ke-5 perlawanan.

Menjadi masalah buat Croatia di bahagian kanan.

Jordan Henderson – 6.0

Kelihatan selesa pada awal permainan namun, bergelut apabila Modric dan Rakitic mula ghairah menyerang.

Dikeluarkan pada masa tambahan untuk digantikan dengan Eric Dier.

Ashley Young – 5.0

Sering diatasi Vrsaljko apabila Croatia melakukan serangan di bahagian sayap. Dikeluarkan untuk digantikan dengan Danny Rose pada awal masa tambahan.

Jesse Lingard – 6.0

Satu lagi permainan yang sibuk buat beliau. Namun, hantaran yang dilakukannya kurang kemas walaupun beliau sangat bekerja keras pada perlawanan ini.

Mendapat beberapa peluang tetapi gagal disudahkan dengan baik.

Dele Alli – 6.0

Sekali lagi ditarik untuk beraksi di bahagian bawah. Gagal memberikan impak dalam permainan seperti kebiasaan.

Bukanlah pemain yang menyerlah di bahagian tengah buat England.

Raheem Sterling – 7.0

Mudah mengatasi Lovren pada separuh masa pertama. Bagaimanapun, penyudah yang kurang kemas ditampilkannya membuatkan beliau kempunan gol.

Dikeluarkan pada masa kedua bagi digantikan Marcus Rashford.

Harry Kane – 6.0

Bergelut bagi menyaingi Vida sepanjang perlawanan. Tiada sebarang percubaan tepat kearah gol sepanjang perlawanan.

Mampu meneruskan aksi baiknya dengan beberapa percubaan bagi melepasi jentera pertahanan Croatia.

Ternyata beliau gagal apabila beraksi sedikit ke bawah.

Pemain simpanan

Marcus Rashford – 5.0

Gerakan kurang kemas daripada penyerang muda ini berbanding apa yang telah disumbangkan Sterling.

Gagal memberi impak yang diharapkan Southgate.

Danny Rose – 6.0

Lebih agresif dan positif bermain di posisinya serta seringkali naik ke atas bagi membantu jentera serangan England.

Eric Dier – 6.0

Menggantikan Henderson yang kelihatan tidak mampu meneruskan permainan. Fokus dalam mengawal jentera pertahanan berbanding kapten Liverpool itu.

Jamie Vardy – 5.0

Pertukaran taktikal terakhir dari Southgate. Tidak mempunyai peluang untuk melakukan apa-apa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN