Sarri Gembira Lihat Tangisan Kegembiraan Morata

Alvaro Morata meraikan jaringan beliau menentang Vidi FC dengan penuh emosi. Dan ia adalah sesuatu yang amat dialu-alukan oleh pengurus Chelsea, Maurizio Sarri.

Morata terlebih dahulu terlepas beberapa peluang pada babak pertama perlawanan menentang Vidi dalam saingan UEFA Europa League (UEL). Namun demikian, penyerang antarabangsa Sepanyol itu berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk Chelsea dalam perlawanan tersebut pada babak kedua perlawanan.

Jaringan tersebut adalah gol kedua Morata pada musim ini, setelah kali terakhir beliau menjaringkan gol ialah dalam kemenangan 3-2 ke atas Arsenal di saingan Liga Perdana Inggeris pada Ogos lalu.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 04: Alvaro Morata of Chelsea celebrates with teammates after scoring his team’s first goal during the UEFA Europa League Group L match between Chelsea and Vidi FC at Stamford Bridge on October 4, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Setelah Olivier Giroud direhatkan untuk perlawanan ini- indikasi jelas penyerang Perancis itu adalah pilihan pertama Sarri, Morata menyempurnakan peluang yang terhidang selepas Willian terlebih dahulu menguis bola ke belakang dengan kepalanya.

“Saya tidak tahu,” ujar Sarri ketika ditanya sama ada Morata menangis selepas menjaringkan gol tersebut.

“Sekiranya Morata mahu menangis setiap kali menjaringkan gol, saya mahu melihat ia berlaku lebih kerap. Beliau beraksi dengan baik dalam perlawanan ini.

“Saya sangat gembira untuk beliau. Ia penting untuk Morata menjaringkan gol. Ia juga lebih penting untuk beliau beraksi dengan baik dalam perlawanan.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 04: Alvaro Morata and Gary Cahill of Chelsea stretch for the ball during the UEFA Europa League Group L match between Chelsea and Vidi FC at Stamford Bridge on October 4, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

“Ia penting Morata bermain untuk pasukan seperti apa yang kita saksikan. Saya berharap gol tersebut menjadi permulaan baru buat Morata dalam kempen musim ini.

“Adakalanya anda tidak akan menjaringkan gol. Adakala anda akan menjaringkan gol. Tetapi apa yang lebih penting ialah prestasi keseluruhan yang beliau tampilkan,” ujar pengendali dari Itali itu lagi.

Selain daripada Morata, Sarri turut memuji prestasi yang ditampilkan oleh Ross Barkley. Barkley dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan, menyaksikan percubaan beliau melalui tandukan terkena palang.

(Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

“Saya juga gembira untuk Barkley. Beliau mengalami kecederaan yang serius pada musim lalu. Dan sekarang kita boleh melihat peningkatan demi peningkatan yang ditampilkan beliau.

“Pada pendapat saya Barkley akan menjadi watak penting untuk kelab dan pasukan kebangsaan England di masa hadapan,” ujar Sarri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN