Pengendali Chelsea, Maurizzio Sarri mendedahkan beliau tidak tahu cara untuk menewaskan Pep Guardiola. Sarri menyatakan beliau tidak mampu memberikan gambaran taktikal kepada wartawan ketika ditanya soalan; apakah ramuan beliau untuk menewaskan Man. City?
Chelsea akan menerima kunjungan Man. City di Stamford Bridge pada hari ini ataupun pada awal pagi waktu Malaysia.
Selepas 12 perlawanan tanpa kalah pada permulaan musim ini – Chelsea mengalami 2 kekalahan dalam 3 perlawanan terakhir. Kedua-dua kekalahan itu dicatatkan di tempat lawan.
Kini hanya tinggal Man. City dan Liverpool menjadi pasukan yang masih tak kalah dalam EPL.
Kemenangan ke atas City pada Sabtu ini akan mengembalikan semula Chelsea ke landasan persaingan kejuaraan. Lebih penting mereka tidak mahu terlepas slot 4 teratas.
Ketika diajukan soalan oleh wartawan tentang cara untuk menewaskan Man. City, Sarri berkata: “Saya tidak tahu! Setiap kali berhadapan dengan Guardiola, saya kalah dalam semua pertandingan. Jadi saya tidak tahu caranya, anda perlu bertanya kepada orang lain!”
Maurizzio Sarri percaya Guardiola kini sedang menguruskan pasukan terkuat di Eropah. Dan Chelsea perlu ada keazaman yang tinggi untuk mengalahkan mereka.
“Perlawanan ini sangat penting untuk kami. Kami tahu ia adalah perlawanan yang sangat sukar berhadapan dengan mereka. Mungkin mereka adalah pasukan terbaik di Eropah ketika ini, jadi kami tahu ia sangat sukar.
“Namun tidak mustahil untuk mengalahkan mereka. Perlawanan ini ada tempoh yang panjang dan apa sahaja boleh berlaku.
“Saya berpendapat pasukan kami semakin baik, tetapi mereka juga bertambah baik, jadi sukar untuk merapatkan semula jurang. Kami bermula dengan baik pada awal musim ini. Selepas itu, kami berhadapan dengan beberapa masalah. Itu perkara biasa bagi pasukan yang bermain dengan cara baru.”
“Kami perlu cuba menyelesaikan setiap masalah demi masalah, hari demi hari untuk memperbaiki cara kami bermain.”
Maurizzio Sarri percaya, Chelsea pasukan yang sangat baik namun para pemain berhadapan dengan isu motivasi. Jadi beliau meminta para pemain untuk meletakkan sasaran secara kolektif untuk menjadi salah satu pasukan terbaik di Eropah. Ianya akan dapat dijadikan motivasi oleh para pemain.
“Sasaran kolektif akan dapat memberikan motivasi kepada kami, dan motivasi itu akan dapat memberi kami tekad. Saya mendapati dalam beberapa perlawanan, kami tidak mempunyai keazaman seperti dalam perlawanan sebelum ini. Saya fikir kami tidak dapat mempunyai keazaman yang sepatutnya untuk memenangi perlawanan.”
“Kmi perlukan sasara kolektif kerana kami perlukan motivasi dan kezaman. Saya boleh katakan buat masa ini, mereka [Man. City] lebih kuat daripada kami. Namun sasaran tertinggi kami adalah menjadi pasukan terbaik di Eropah. Jadi, kami harus bekerja dan perbaiki diri.”
“Kami bernasib baik kerana dalam 90 minit, apa sahaja boleh berlaku. Kami tahu perlawanan ini sukar dan kami harus ada kepercayaan untuk menempuhinya.”