Maurizzio Sarri mempertahankan aksi Jorginho, sebaliknya mengkritik pemain seperti Eden Hazard – meskipun pemain itu menjaringkan gol untuk menyelamatkan Chelsea daripada kekalahan.
Hazard membalas gol Raul Jimenez pada masa kecederaan. Chelsea seri 1-1 dalam aksi tersebut. Aksi menyelamat minit akhir Hazard itu masih belum cukup untuk Sarri yang merasakan Eden Hazard dan beberapa pemain Chelsea lain yang tidak cukup pantas dalam gerakan.
Sarri menegaskan, kurangnya pergerakan oleh pemain lain termasuk Hazard membuatkan Jorginho sukar dan menjadi tidak efektitf.
Sari berkata: “Jorginho, jika pemain lain tidak bergerak tanpa bola, ianya satu masalah, kerana Jorginho sangat berkemampuan bermain dengan satu sentuhan.”
Sarri says if players don't move without the ball Jorginho is in trouble, and his withdrawal was a consequence of the change in system, not his performance.
And that's all from the boss for now. There will be more online and on our app later. Thanks for following. #CHEWOL
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 10, 2019
“Sudah pastinya jika kamu mahu bermain bola sepak dengan satu sentuhan, kamu menuntut gerakan daripada pemain lain. Saya sangat kenal Jorginho. Beliau akan berada dalam masalah besar jika pemain-pemain lain dalam pasukan tidak bergerak.”
“Kita perlu bergerak lebih pantas dan banyakkan lagi gerakan tanpa bola. Hari ini kita bermain dengan 5 sentuhan. Apabila tidak mendapat ruang, sangat sukar untuk menjaringkan bola jika kamu bermain dengan 5 atau 6 sentuhan.”
“Kami perlu perbaiki situasi seperti ini. Kita tidak boleh berterusan bermain dengan 5 atau 6 sentuhan.”
Sarri says we didn't move the ball quickly enough today and took too many touches against a team who were defending with a lot of players in the last 20 metres. #CHEWOL
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 10, 2019
“Hazard pemain yang hebat, beliau boleh atasi situasi ini, namu di atas padang, beliau juga seperti pemain lain. Hazard perlu lebih banyak gerakan tanpa bola.”
Sarri menjelaskan Jorginho dikeluarkan bukan kerana beliau tidak bagus, namun kerana Sarri perlu menukar sistem kepada 4-2-3-1 ketika Callum Hudson Odoi dimasukkan, dan Jorginho tidak sesuai dengan sistem pivot kembar itu.
⬅️ 72' Jorginho
But Maurizio Sarri says the substitution was due to a change in system for #CFC, not the midfielder's performance… pic.twitter.com/JC9KhKmz5C
— Omnisport (@OmnisportNews) March 11, 2019
Maurizzio Sarri merasakan pasukan Chelsea berhak menang perlawanan tersebut walaupun melakukan banyak kesilapan.
Sarri says we changed our system for the first time this season, going to a 4-2-3-1 after Callum Hudson-Odoi came on. He adds the problem today was not the system but the way we played in the final third, repeating that we took too many touches. #CHEWOL
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 10, 2019