Sarawak Ikat Selangor Di Kuching, Kedah Dinafikan 3 Mata Oleh PKNS FC

Aksi Liga Super di Stadium Negeri, Petra Jaya di Kuching menyaksikan Sarawak menerima kunjungan pasukan Selangor.

Selangor yang terpalit dengan isu melibatkan pemain import mereka iaitu Forkey Doe mengenai isu kereta klon tampil dengan semangat untuk memperoleh 3 mata di tempat lawan.

Namun begitu, Sarawak yang tidak pernah menang di laman sendiri musim ini memberikan cabaran sengit kepada pasukan pelawat.

Hasilnya, Mateo Roskam berjaya merobek gawang pasukan Selangor dengan penyudah yang mudah selepas menekspotasi Ugo Ukah yang terjatuh untuk berikan pendahuluan kepada tuan rumah pada minit ke-34.

Namun Selangor memberikan respon menerusi Rizal Fahmi selepas rembatan beliau pada minit ke-44 terkena tiang dan masuk ke dalam gol.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terus berusaha mencari jaringan namun tiada gol tambahan dihasilkan.

Masa penuh di Kuching – Sarawak 1-Selangor.

1 mata untuk PKNS FC & Kedah

Aksi Liga Super melibatkan pasukan PKNS FC menentang Kedah di Stadium Shah Alam terpaksa dibawa kepada malam ini bagi memberikan laluan kepada penyertaan PKNS FC sebagai wakil Pilihan Selangor dalam Piala Sultan Selangor di Singapura.

Kedah yang dibanjiri oleh 3 ribu penyokong setia mereka nyata berbangga dengan persembahan anak-anak buah Nidzam Adha ketika skuad Kedah dalam proses pasca Tan Cheng Hoe.

Kedah mendahului menerusi penyudah Ken Ilso pada minit ke-5 untuk memberikan pendahuluan yang cukup awal untuk pasukan pelawat.

Namun pihak tuan rumah menerusi Patrick Ronaldhino memberikan respon pada minit ke-13 untuk menyamakan kedudukan.

Apa yang mencuri perhatian dalam perlawanan ini adalah persembahan Syafiq Ahmad yang berjaya menyumbang 2 gol pada perlawanan ini.

Beliau menghasilkan gol pada minit ke-16 dan minit ke-23 untuk memberikan pendahuluan yang cukup selesa buat Kedah ketika rehat separuh masa.

Namun PKNS FC cuba kembali dalam perlawanan ini apabila Matias Hadwa merapatkan jurang hasil jaringan pada minit ke-55.

PKNS FC berjaya merapatkan jurang pada minit-minit terakhir apabila Lucas Espindola menjaringkan gol untuk menewaskan penjaga gol gantian iaitu Farhan Abu Bakar untuk mencuri 1 mata dari pasukan pelawat.

Namun kemenangan hampir pasti milik Kedah selepas Sandro Da Silva menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti di waktu kecederaan.

GOL! Matias Hadwa menyamakan kedudukan diminit-minit akhir selepas penyudah beliau berjaya menewaskan penjaga gol seterusnya memberikan 1 mata buat PKNS FC!

Tamat perlawanan di Shah Alam – PKNS FC 4-4 Kedah.

Baca juga: Lelaki Ini Memberikan Sebab Kenapa Penyokong JDT Perlu Menyokong Mora

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN