Sarawak FA Jual Nombor Pendaftaran Kenderaan Untuk Jana Pendapatan

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) memperkenalkan nombor pendaftaran kenderaan dengan siri ‘Q’ untuk dibida oleh orang ramai dalam usaha persatuan itu mencari dana dan menambah pendapatan persatuan.

Usaha oleh FAS ini disahkan oleh portal automotif terkenal tanah air, paultan.org dalam satu artikel bertarikh 8 Mac yang lalu.

Menurut portal tersebut, FAS akan menjual nombor plat kenderaan dengan awalan ‘Q’ itu dengan nilai serendah RM2,000 bagi bukan nombor pilihan sehingga RM100,000 untuk nombor istimewa.

Nombor pendaftaran bersiri tersebut akan dimulai dengan nombor pendaftaran Q1 sehingga Q9999; bermakna 9999 juzuk nombor pendaftaran dibuka untuk orang ramai.

Kategori nombor pendaftaran

Nilai nombor pendaftaran adalah berdasarkan pengelasan yang telah dilakukan, daripada nombor satu digit kepada nombor dua digit sebelum diikuti oleh nombor istimewa yang mempunyai juzuk nombor berkembar.

Pengelasan dibahagikan kepada kelas A, iaitu nombor bernilai emas utama yang diletakkan pada harga RM100,000; nombor emas menarik pada harga RM50,000; nombor popular utama dengan harga RM20,000; dan nombor popular pada harga RM5,000.

Menurut perkiraan kami, bidaan nombor pendaftaran yang dibuka  oleh Sarawak FA melalui entiti FAS Holdings itu boleh menjana pendapatan sehingga RM24.5 juta  atau lebih tinggi bergantung kepada bidaan.

Bagi yang ingin memiliki nombor pendaftaran istimewa olah FAS ini, anda boleh berbuat demikian sebelum 21 Mac akan datang.

Sumber: FAS, Facebook.

Keputusan bidaan pula akan diumumkan pada April 2018, dan nombor yang belum terjual selepas tarikh itu, akan dibuka untuk jualan langsung.

Langkah ini diharap dapat membantu FAS Holdings untuk menjana pendapatan, sekaligus membantu perbelanjaan pasukan Sarawak FA di saingan Liga Malaysia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN