Mitre Tawarkan Bola Rekaan Khas Berlambang Kelab EFL

Mengumpul cenderahati bola sepak merupakan hobi sesetengah peminat bola sepak. Namun adakah anda sanggup menghabiskan masa, wang dan tenaga untuk mengumpulnya?

Tetapi, sekiranya ada pihak yang sanggup memberikannya, adakah anda sanggup sertai?

Mitre

Bola untuk kelab Motherwell.

Jenama Mitre ini tidaklah asing mana bagi peminat bola sepak negara kita. Bola keluaran mereka pernah digunakan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki.

Sebenarnya jenama Mitre ini diasaskan di Huddersfield, England. Salah satu cawangannya di Asia Tenggara terletak di negara jiran kita, Singapura.

Mitre pernah juga menjadi pembekal bola untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum Nike.

Tetapi, mereka menarik hati ramai pihak dengan mengadakan pertandingan khas untuk peminat kelab EFL dan Scottish Premiership (di Scotland). Mereka menawarkan bola yang memaparkan logo dan warna kelab.

Tensile

Bola untuk kelab Sheffield Wednesday.

Mitre Tensile diperkenalkan sebagai bola rasmi untuk perlawanan EFL dan Scottish Premiership. Secara keseluruhan terdapat 84 kelab yang telah mempunyai rekaan sendiri.

Pengurus Pemasaran Mitre, Nicki Lesirge memberitahu mereka gembira untuk memperkenalkan Tensile kepada peminat.

Mereka mahu juga memberikan penghargaan kepada peminat melalui dengan mengadakan pertandingan seperti ini. Reka bentuk Tensile juga menerima pujian daripada pengurus kelab-kelab bertanding.

Sokongan

Southampton pernah menggunakan rekaan khas ini pada musim 2010-11.

Sekiranya syarikat pembekal bola dalam liga negara kita dapat mewujudkan bola edisi khas, sudah pasti ia akan menjadi rebutan ramai peminat.

Malah, ia mempunyai nilai tersendiri yang sangat tinggi. Apatah lagi jika pada musim itu sesebuah pasukan memenangi sesuatu kejuaraan dan ditandatangani pemain.

Sebenarnya, pertandingan yang Mitre anjurkan ini sudah pun lama tamat. Pertandingan ini diadakan pada musim 2010/11 bagi meraikan persetujuan kontrak antara Mitre, EFL dan Scottish Premiership!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN