Sarawak FA Lantik Pengiran Bala Sebagai Ketua Jurulatih Hadapi Liga Malaysia 2019

Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) melantik Pengiran Bala sebagai Ketua Jurulatih pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2019.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Presiden FAS, Dato’ Posa Majais ketika ditemui oleh wartawan Utusan Borneo semalam.

Perlantikan jurulatih berusia 56 tahun itu juga sekaligus bermakna pengendali musim lalu, Ian Gillian tidak lagi bersama Sarawak FA pada musim akan datang.

Perlantikkan tersebut turut mematikan spekulasi yang mengaitkan skuad Bujang Senang akan dibimbing oleh bekas pengendali, Abdul Jalil Rambli – yang pernah membawa pasukan Sarawak ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 1999.

Sehubungan dengan perlantikan Pengiran Bala, FAS turut mengumumkan bekas pemain, Safri Amit dan Mohamad Denny Da’ali sebagai pembantu beliau.

Manakala Dato Ed Sulaiman diberikan peranan sebagai pengurus pasukan mulai musim hadapan.

Dato’ Posa Majais sebelum ini pernah mengumumkan skuad Liga Malaysia Sarawak dibubarkan sepenuhnya – untuk membenarkan pembaharuan dilakukan untuk musim 2019.

“FAS sebulat suara bersetuju untuk melantik Pengiran Bala sebagai ketua jurulatih baru pasukan Sarawak bagi menghadapi kempen Liga Premier musim depan. Beliau akan dibantu jurulatih Safri Amit dan Mohamad Denny Da’ail.

“Selain itu, kita juga mengumumkan pelantikan Awang Mahyan Awang Mohamed sebagai penasihat pasukan dan Datuk Ed Sullaiman Ahmad sebagai pengurus pasukan,” ujar Dato Posa.

Mengenai pembentukan skuad baru pasukan Sarawak yang bakal bersaing di saingan 100Plus Liga Premier bagi musim 2019, Posa berkata senarai lengkap pemain pasukan itu akan diketahui selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.

Sehubungan dengan itu, FAS akan mengadakan sesi pemilihan pemain bermula 21 November ini bertempat di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN