Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini sedang berusaha keras untuk membawa masuk penaja utama bagi menyelesaikan masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh pasukan bola sepak di utara tanah air itu.
Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor dalam kenyataannya kepada Bernama menjelaskan pihaknya kini sedang berusaha keras dalam menjalankan rundingan dengan tiga ‘syarikat besar’ di negara ini.
Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah memberi bayangan bahawa syarikat-syarikat tersebut telah memberikan maklum balas yang positif, tetapi masih terdapat beberapa perkara yang menjadi perkiraan.
“Saya tak boleh umum lagi kerana rundingan belum dapat diselesaikan lagi. Esok pun ada satu lagi penaja yang saya jemput untuk mereka turut menyumbang kepada pembangunan bola sepak Kedah.
Sekurang-kurangnya mereka dapat bantu kita keluar (daripada) kemelut kewangan yang sedang dihadapi oleh KFA, kita sedang berusaha keras untuk itu,” kata ADUN Jeneri itu.
Tambahnya lagi, faktor keadaan ekonomi semasa yang agak ‘perlahan’ ketika ini menjadikan penaja sukar untuk ‘melabur’ dalam sektor sukan disebabkan peraturan ketat serta prosedur opertasi standard (SOP) yang masih dikuatkuasakan.
“Jadi kita tengok macam mana permintaan penaja, berdasarkan situasi semasa, penonton tak boleh masuk stadium, hanya boleh tengok secara dalam talian. Jadi benda-benda ini yang perlu diambil kira oleh penaja.
https://twitter.com/LaBolaBet/status/1270274728922660864?s=20
“Saya faham keadaan ini dan saya berterima kasih kepada penaja yang sedia menghulurkan sumbangan bakti menaja pasukan Kedah,” ujarnya lagi.
Sekalipun pendiriannya untuk tidak menggunakan wang kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah kewangan KFA tidak disenangi oleh pelbagai pihak, Sanusi bertegas tindakannya itu membuktikan kerajaan negeri Kedah lebih mengutamakan kebajikan rakyat tetapi masih berusaha untuk memajukan sukan bola sepak di negeri itu.
“Tapi usaha-usaha jumpa orang, cari orang perniagaan, cari orang ada duit untuk menyumbang (kepada KFA) kita sedang buat.”
Kredit Foto: Kedah FA
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Kedah: