Santokh, Soh Chin Aun Terkenang Saat Bertentang Mata Dengan Maradona

Pilihan Selangor Boca Juniors Soh Chin Aun Mokhtar Dahari Santokh Singh

Dua lagenda negara, Datuk Santokh Singh dan  Datuk Soh Chin Aun terkenang saat mereka diuji menentang bintang terbaik dunia, Diego Maradona pada tahun 1982.

Ketika itu, Maradona belum lagi menjadi bintang terkenal dan beraksi bersama Boca Juniors. Mereka hadir ke Malaysia untuk menentang Pilihan Selangor XI di Stadium Merdeka dan ia berkesudahan dengan Boca Juniors menang 2-1 ke atas Selangor.

Bercakap kepada Berita Harian, Santokh Singh masih ingat arahan pengendali pasukan ketika itu yang memintanya untuk mengawal Maradona sebaik mungkin, “Jurulatih suruh saya jaga dia rapat-rapat, saya jagalah dia rapat rapat!”

Sebagai pertahanan yang ditugaskan mengawal pemain yang berusia 22 tahun ketika itu, Santokh sudah dapat merasakan yang Maradona bakal menjadi pemain ternama.

Mengulas lanjut mengenai aksi itu, “Dia pemain yang sangat lincah dan kawalan bolanya sangat baik. Arahan jurulatih adalah supaya saya sentiasa mengawalnya dengan ketat sepanjang perlawanan. Selepas beraksi menentangnya, saya tahu dia sememangnya boleh menjadi seperti apa yang sudah disaksikan oleh dunia.”

Bagi Chin Aun pula, beliau lebih mengingati saat lucu apabila mengenang pertemuan pertama kali dan terakhir dengan Maradona dalam perlawanan tersebut.

“Selepas perlawanan, kami berbual dan mendiang ada mengatakan sesuatu kepada kami namun disebabkan beliau bercakap menggunakan Bahasa Sepanyol, saya hanya mengangguk tanda faham dan mengiyakan saja,” ujar Chin Aun.

Tambahnya yang bercakap kepada Harian Metro, “Pada waktu itu agak melucukan kerana masing-masing buat-buat faham apa yang dikatakan dan sampai sekaranglah saya sebenarnya tidak tahu apa yang Maradona katakan kepada kami.”

Chin Aun turut berkata, beliau bersama barisan pertahanan lain termasuklah Santokh bertekad mereka mahu memberikan satu igauan kepada Maradona supaya akan mengingati mereka sebagai antara pertahanan yang kukuh pada ketika itu.

Terdahulu, pemenang Piala Dunia 1986 – empat tahun selepas pertembungan itu, meninggal pada usia 60 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung, awal pagi tadi. Beliau juga baharu sahaja menjalani pembedahan otak awal bulan ini.

KREDIT FEATURED IMAGE: SELANGOR FC

Baca lagi mengenai Diego Maradona:

Lagenda Bernama Maradona, Sang Penakluk Dunia Berbadan Kecil! – Bahagian 1.

Pele vs Maradona: Legenda Manakah Yang Terhebat Di Antara Keduanya?

Mengapa Pemain Korea Selatan B-20 Ini Sindir Diego Maradona? Ini Sebabnya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN