Mengapa Pemain Korea Selatan B-20 Ini Sindir Diego Maradona? Ini Sebabnya

Sesiapa yang pernah melawat Korea Selatan atau bekerja dengan rakyat Korea Selatan, anda akan tahu mereka orang yang patriotik dan berbangga dengan negara mereka.

Jadi apabila ada orang yang menyindir Korea Selatan secara sedar atau tidak – seperti Diego Maradona – bersedialah untuk menerima ‘balasan’ daripada rakyat mereka.

Inilah yang berlaku kepada Maradona semalam selepas skuad Korea Selatan menumpaskan Argentina dalam perlawanan kumpulan A Piala Dunia Bawah-20.

Apa yang Maradona lakukan?

Cerita ini bermula pada 15 Mac 2017 – semasa proses undian kumpulan Piala Dunia Bawah-20 yang diadakan di Suwon, Korea Selatan.

Di hadapan ratusan ribu penduduk Korea Selatan yang menyaksikan undian tersebut melalui TV, Diego Maradona menunjukkan reaksi ‘lega’ dan gembira apabila Argentina diundi bersama dengan Korea Selatan.

Klik GIF ini jika anda membaca di Instant Articles

Peminat bola sepak Korea Selatan nyata berang dengan reaksi Maradona itu. Mereka mentafsirkan reaksi Maradona itu seperti ‘lega’ Argentina diundi bersama Korea Selatan. Seperti Korea Selatan akan mudah ditewaskan Argentina.

Di mata peminat bola sepak neutral seperti kami, tafsiran peminat bola sepak Korea Selatan itu kedengaran seperti terlalu berlebih-lebihan.

Tetapi seperti yang kami cakap, rakyat Korea Selatan patriotik dan bangga orangnya.

Balasan Seung-ho kepada Maradona

Dalam perlawanan tuan rumah, Korea Selatan menentang Argentina semalam, Korea Selatan memperolehi penalti pada minit ke-41. Pada ketika itu, Korea Selatan sudah pun mendahului Argentina 1-0.

Klik GIF ini jika anda membaca di Instant Articles

Penalti tersebut diambil oleh Paik Seung-ho, pemain muda Korea Selatan yang bermain di Barcelona ketika ini. Ia disempurnakan dengan baik oleh Seung-ho….

Klik GIF ini jika anda membaca di Instant Articles

…sebelum diikuti dengan keraian jaringan ini oleh Seung-ho.

Klik GIF ini jika anda membaca di Instant Articles

Ia nampak seperti Seung-ho menyindir Maradona, “Di mana kertas (undian) anda sekarang?” (merujuk kepada reaksi lega Maradona semasa mendapati Argentina diundi dalam kumpulan sama dengan Korea Selatan).

Sebagai rekod, Korea Selatan menang 2-1 ke atas Argentina. Anda boleh menyaksikan highlights dalam video di bawah:

Argentina Bawah-20 tersingkir

Dengan kekalahan ini, Argentina sah tersingkir daripada kejohanan Piala Dunia Bawah-20 hanya selepas 2 perlawanan.

Dalam perlawanan pertama kumpulan, Argentina tewas 0-3 kepada England.

Apa pula pendapat anda? Adakah anda rasa Maradona betul-betul menyindir Korea Selatan berdasarkan reaksi leganya semasa undian?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN