Nama pemain import, Sandro Da Silva Mendonca bukan lagi asing dalam suasana bola sepak Liga Malaysia (Liga M) sejak tahun 2015.
Terkenal dengan teknik rembatan jarak jauh serta pakar sepakan percuma ini menjadikan Sandro sebagai salah satu pemain import berharga pada era kegemilangannya.
Pada awal pembabitan beliau bersama Kedah Darul Aman di Malaysia, Sandro telah mengecapi pelbagai kejayaan termasuk juara Liga Premier musim 2015, Piala Malaysia 2016, Piala FA 2017, serta Piala Sumbangsih pada 2017 sepanjang era kejurulatihan Tan Cheng Hoe.
Pada tahun 2019, Sandro memulakan langkah baharu bersama Selangor untuk terus konsisten selaku salah seorang pemain tengah menyerang sepanjang tempoh dua musim bersama kelab tersebut.
Sandro Da Silva, satu lagi nama besar yg telah menyarung jersi Sarawak United pada musim ini. Pemain yg berasal dari Brasil ini gemar memikul peranan selaku Attacking Midfielder. Setakat ini telah membuat 6 penampilan. pic.twitter.com/Oae3O0uiwi
— SARAWAK UNITED FC (@sufc_rasmi) June 18, 2021
Tahun lalu, beliau menjadi pemain import buat pasukan Liga Premier iaitu Sarawak United dan berjaya membawa kelab tersebut beraksi di Liga Super musim ini setelah muncul naib juara.
Walaupun kelibatnya tidak setajam seperti tahun-tahun sebelumnya, Sandro masih mampu untuk meledak gol serta menjadi pemain penting untuk mencipta serangan.
Sunyi tanpa khabar berita
Pada musim ini, Sandro masih belum ada mana-mana pasukan dari dalam Malaysia yang menandatangani khidmat pemain tersebut setelah kontraknya tidak disambung oleh Sarawak United.
Jika dilihat pada prestasi, Sandro masih mampu untuk memberi impak positif di bahagian serangan mana-mana pasukan selain kepakarannya dalam situasi bola mati.
Ada ura-ura mengatakan pemain tersebut mungkin akan kembali pada pertengahan musim ini menyertai salah satu pasukan di Utara Malaysia walaupun agak samar-samar lagi.
Setakat ini Kedah dan Penang masing-masing menghadapi masalah pada pemain import mereka di bahagian tengah serangan dengan Harimau Kumbang masih belum dapat mengeluarkan potensi penuh Endrick Dos Santos seperti musim-musim sebelumnya.
Manakala Kedah yang hilang Khidmat Dennis Buschening disebabkan kecederaan panjang terus merencatkan perancangan Aidil Sharin musim ini.
Jika Sandro menyertai Penang, beliau kemungkinan besar bakal diberi peranan selaku pemain tengah menyerang dan berada di belakang Cassagrande serta berpasangan bersama Hilal El Helwe bagi mengukuhkan cengkaman tengah dan serangan.
Bersama Kedah, Sandro akan mencipta satu momen nostalgia dalam kalangan para peminat selain bergandingan bersama Dechi Marcel yang dilihat tidak begitu berbeza aksinya seperti bekas pasangan Sandro iaitu Liridon Krasniqi.
🖼️ 𝑮𝒂𝒍𝒆𝒓𝒊 𝑯𝒊𝒋𝒂𝒖 𝑲𝒖𝒏𝒊𝒏𝒈
Foto tahun 2015, dimana pasukan Kedah yang dinobatkan sebagai Juara Liga Perdana telah diraikan dalam satu Majlis Makan Malam di Istana Anak Bukit.📸 Chidi Edeh, Sandro dan Liridon berbaju batik. Segak noh.#KDAFC#GaleriHK pic.twitter.com/FZxeW4AuT4
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 30, 2021
Kedua pasukan tersebut ketika ini juga berhadapan masalah konsistensi dan ini memberi cabaran buat Sandro untuk kembali menguatkan Penang atau Kedah sekiranya beliau menyertai kembali Liga Malaysia.
Para penyokong kelab utara, adakah anda setuju sekiranya Sandro hadir menyertai pasukan salah satu pasukan tersebut?
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!