Gaji RM1.9 Juta Seminggu, Haaland Sudah Lulus Pemeriksaan Perubatan Bersama Man City

Erling Haaland semakin hampir diumumkan sebagai pemain Manchester City pada minggu ini selepas lulus pemeriksaan perubatan bersama kelab Premier League itu.

City dilaporkan akan mengaktifkan klausa perpindahan pemain antarabangsa Norway tersebut yang bernilai £64 dalam masa terdekat.

Perpindahan tersebut dijangka akan diumumkan terlebih dahulu di Jerman, selepas Haaland melakukan pertemuan dengan Borussia Dortmund untuk menyatakan niat beliau untuk berhijrah.

Perbincangan dengan pemain itu turut telah dimuktamadkan dan Haaland dilaporkan akan menerima gaji bernilai £350,000 (RM1.9 juta) seminggu dengan kontrak selama lima tahun.

Pengganti Aguero

Bagi pengurus City, Pep Guardiola, ketibaan Haaland dilihat sebagai pengganti jangka masa panjang kepada penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman – Sergio Aguero.

Guardiola mulai mencari pengganti kepada penyerang Argentina itu sejak musim panas lalu – setelah Aguero memutuskan untuk ke Barcelona.

Pada ketika itu, City dan Guardiola menyasarkan untuk mendapatkan Harry Kane sebagai penyerang pilihan pertama untuk The Cityzens.

Namun kedegilan pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy untuk menurunkan tanda harga £150 juta untuk penyerang England itu menyukarkan perpindahan tersebut untuk diteruskan.

Apabila Real Madrid  yang merupakan kelab pilihan pertama Haaland untuk meneruskan karier menjadikan penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe sebagai keutamaan perpindahan, ia semakin jelas untuk City memberikan lampu hijau kepada Guardiola untuk mendatangkan penyerang sensasi berusia 21 tahun itu.

Keperluan taktikal

Majoriti musim ini City kerap beraksi dengan menggunakan penyerang nombor 9 jadian (false 9). Kebiasannya, Guardiola akan menggunakan pemain seperti Kevin De Bruyne, Raheem Sterling, Phil Foden atau Bernardo Silva, selain Gabriel Jesus dengan peranan itu secara bersilih ganti.

City tidak mempunyai masalah untuk memburu gol walaupun tanpa nombor 9 yang lebih semulajadi apabila menghasilkan 89 gol musim ini – paling banyak di Premier League setakat ini.

Namun kegagalan pasukan itu memanfaatkan deretan peluang dalam perlawanan penting seperti dalam dua perlawanan separuh akhir UEFA Champions League menentang Real Madrid baru-baru ini bermakna Guardiola mahukan lebih banyak variasi dan pilihan di jentera serangan.

Haaland adalah seorang pemain yang sudah terbukti kemampuannya di hadapan gol. Daripada 181 penampilan senior setakat ini, pemain itu telah menjaringkan 134 gol dan 36 bantuan gol.

Terdapat kerisauan fizikal Haaland yang besar – 6 kaki 4 inchi – boleh menyebabkan beliau cenderung kepada kecederaan.

Sehingga kini pemain itu telah terlepas 26 perlawanan untuk Dortmund sejak November 2020 sehingga Januari 2022.

Namun dengan 181 penampilan senior yang dilakukannya, City yakin pembelian Haaland akan memberi pulangan yang berbaloi.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN