Dua pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho dan Achraf Hakimi menjadi pemain bola sepak terbaru yang menyertai kempen membantah pembunuhan lelaki berkulit hitam di Minneapolis, Amerika Syarikat (AS) dengan memakai baju yang tertulis mesej “Keadilan Untuk George Floyd”.
Penyerang muda England, Sancho mencatat hatrik pertama dalam kariernya ketika membantu Dortmund membelasah Paderborn 6-1 dan pemain Morocco, Hakimi turut menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut.
“Kita tidak sepatutnya takut dan gentar untuk menyarakan kebenarakan, kita perlu bersama-sama bersatu dan berjuang demi keadilan. Bersatu kita teguh! #JusticeForGeorgeFloyd.”, ciap Sancho dalam akaun Twitter miliknya.
Todos juntos venceremos al racismo! Justicia! ✊🏾✊🏻✊🏽✊🏿✊
— Achraf Hakimi (@AchrafHakimi) May 31, 2020
Together we will defeat racism! Justice ! ✊🏾✊🏻✊🏽✊🏿✊
#justiceforgeorgefloyd pic.twitter.com/98xjUjlt5c
Kedua-dua pemain berkenaan menyertai dua pemain Bundesliga lain serta beberapa atlit sukan yang lain dalam menyarakan kesedihan dan kekecewaan mereka terhadap kamatian Floyd akibat kekerasan pihak polis.
Penyerang Borussia Dortmund, Marcus Thuram yang menjaringkan gol ketika pasukannya menang 4-1 ke atas Union Berlin pada Ahad meraikan jaringkannya dengan cara melutut sebagai tanda penghormatan kepada Floyd.
Pemain muda Amerika Syarikat yang beraksi untuk Schalke 04, Weston McKennie pula memakai lilitan lengan “Justice For George” ketika perlawanan menentang Werder Bremen pad Sabtu.
Together is how we move forward, together is how we make a change 👊🏿 #BLACK_LIVES_MATTERS pic.twitter.com/7OJUWqTLQZ
— Marcus Thuram (@MarcusThuram) May 31, 2020
Turut sama bersolidariti adalah bekas juara NBA, Stephen Jackson, pemain Los Angeles Lakes, LeBron James dan pemain tenis remaja, Coco Gauf yang menyuarakan sokongan mereka dalam akaun media sosial masing-masing.
Tidak ketinggalan pemain tenis AS, Serena Williams yang menulis panjang dalam akaun Instagram serta meletakkan video seorang kanak-kanak perempuan yang mendapat layanan berbeza kerana warna kulitnya.
Pegawai Polis Minneapolis, Derek Chauvin telah didakwa di mahkamah pada Jumaat dengan tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki tidak bersenjata berusia 46 tahun selepas rakaman dari telefon bimbit memaparkan video kejadian tersebut.
Sekalipun Floyd beberapa mengatakan dirinya tidak boleh bernafas, pegawai polis berkenaan tidak mempedulikan rayuan dan rintihannya dan terus menindih bahagian leher mangsa dengan lutut selama sembilan minit sehingga mati.
Laporan terkini mengatakan hampir 20 bandar di AS berdepan dengan rusuhan oleh penunjuk perasaan yang bertindak membakar kenderaan dan balai polis sebagai protes di atas sikap perkauman yang telah membiak buat sekian lama di negara itu.
canton, ohio. small town. we protested very peacefully for 3 hours. until the police threw tear gas at us. until they started arresting us. they used mace. man, we are tired of being treated like this. we need freedom. #BlackLivesMatter #JusticeForGeorgeFloyd pic.twitter.com/nf2Fm4s09L
— tae 🖤🕷🕸 (@heyyitstaee) May 30, 2020
Peserta demonstrasi jalanan yang ‘bertempur’ dengan pihak polis tidak mempedulikan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata dan meneruskan protes sehingga ada bangunan dan kedai yang dibakar.