Bundesliga: Hatrik Sancho Bantu Dortmund Belasah Paderborn 6-1

Penyerang Borussia Dortmund, Jadon Sancho mencuri tumpuan dengan menjaringkan tiga gol pada separuh masa kedua untuk membantu pasukannya ‘kenduri besar’ ke atas Paderborn dengan kemenangan 6-1 dalam perlawanan ke-29 Bundesliga pada Ahad.

Kemenangan itu mengurangkan defisit perbezaan mata BVB dengan pendahulu liga, Bayern Munich kepada tujuh mata dengan lima lagi perlawanan berbaki, sementara Paderborn pula masih terperosok di dasar liga dengan hanya mengumpul 19 mata.

Dengan ketiadaan penyerang Norway, Erling Haaland yang diketepikan akibat kecederaan lutut, pasukan pelawat dilihat bergelut pada separuh masa pertama dan gagal menjaringkan sebarang gol.

Tetapi sebaliknya berlaku pada babak kedua perlawanan apabila Thorgan Hazard memulakan ‘rusuhan’ pada minit ke-54 menerusi rembatan jarak dekat menewaskan penjaga gol tuan rumah Leopald Zingerland.

Sancho menggandakan kedudukan tiga minit kemudian dengan satu tolakan mudah hasil gerakan cantikan Julian Brandt sebelum Paderborn cuba untuk bangkit menerusi Uwe Hunemeier yang menjaringkan gol dari sepakan penalti pada minit ke-72.

Hanya dua minit berselang, Paderborn kembali menjadi mangsa ‘keganasan’ Dortmund setelah Sancho menjaringkan gol ketiga pasukannya dengan rembatan kaki kiri dalam kawasan kontak penalti.

Kemudian lima minit sebelum tamat masa perlawanan, giliran Achraf Hakimi merobek gawang yang dikawal Zingerland dengan gol keempat menerusi rembatan leret dari sebelah kanan sebelum Marcel Schmelzer menambah gol kelima Dortmund pada minit ke-89.

Penyerang muda England itu melengkapkan malam gemilang Die Borussen dengan mencatat hatrik pada masa kecederaan hasil serangan balas pantas dengan larian solo dari tengah padang.

Borussia Dortmund bakal berdepan pasukan di tangga kesembelan, Hertha Berlin dalam perlawanan seterusnya pada Sabtu ini. Hertha Berlin kini dalam prestasi terbaik sejak Bruno Labbadia mengambil alih pasukan dan masih belum tewas dalam empat perlawanan terakhirnya.

Kredit Foto: Borussia Dortmund

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Borussia Dortmund:

Leave a Reply