Manchester United menyekat kemaraan Arsenal di pusingan ke-4 Piala FA. Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan daripada kemenangan 3-1 Man. United di Emirates pada awal pagi tadi waktu Malaysia.
1. Kreativiti dan peranan Lukaku
Lukaku telah menjadi ancaman paling besar Arsenal di kawasan gol mereka. Lukaku mencatatkan 2 bantuan gol di dalam perlawanan ini. Beliau banyak bermain sebagai ‘wide target man’ dalam sistem berlian oleh Man. United.
2. Alexis Sanchez robek gawang Arsenal
Mengingatkan kita kepada kisah Van Persie beberapa musim lalu. Beliau diboo oleh penyokong Arsenal – kerana faktor memilih untuk menyertai seteru dalam saingan domestik.
Sanchez menjaringkan gol pertama perlawanan dengan kawalan bola dan penyudah yang sangat tenang daripada sudut sukar. Beliau melakukan sentuhan kemas menewaskan Petr Cech selepas menerima hantaran Lukaku.
Seperkara lagi yang menarik, Emirates memang tempat kegemaran Alexis Sanchez.
Seven of Alexis Sanchez's last 16 goals have come at the Emirates which would be good if he hadn't left Arsenal 368 days ago.
— Duncan Alexander (@oilysailor) January 25, 2019
3. Pertahanan Arsenal
Isu terbesar Arsenal adalah tidak agresif untuk mematikan ancaman lebih awal – dan tidak kompak. Ini berbeza dengan cara mereka bertahan ketika berhadapan dengan Chelsea sebelum ini.
Mereka memberikan ruang yang sangat selesa untuk Man. United dalam situasi 3 gol pasukan lawan itu.
4. Solskjaer terus cemerlang
8 kemenangan daripada 8 yang beliau cipta setakat ini. Ianya rekod kemenangan 100% dalam semua pertandingan termasuk EPL dan Piala Domestik – sejak beliau mengambil alih.
Sepanjang tempoh itu, Man. United sudah menjaringkan 22 gol dan hanya bolos 5 kali.
5. Man. United secara rasmi atasi rekod Chelsea
Manchester United kini menjadi pasukan lawan yang paling cemerlang di Emirates memintas Chelsea. Mereka sudah menang 6 daripada 14 kunjungan ke Emirates.
📊 Most wins v Arsenal at Emirates Stadium:
6 – MAN UTD (14 games)
5 – Chelsea (15)
4 – Man City (14)
3 – Aston Villa (11)
3 – Bayern Munich (4)
3 – Swansea (8) pic.twitter.com/h4X0ZczDEx— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) January 25, 2019