Piatek Pilih Milan Kerana Lebih Besar Daripada West Ham Dan Idamkan Pentas UCL

Komen oleh Krzysztof Piatek telah mengundang kemarahan penyokong West Ham. Ini apabila beliau melabel West Ham kelab kecil.

Piatek juga menjelaskan bahawa hubungan istimewa Genoa dan AC Milan membuatkan kelab itu memberikan keutamaan kepada tawaran daripada AC Milan.

Bercakap kepada media, Piatek berkata: “West Ham mahukan saya, namun saya memilih untuk pergi ke AC Milan, kelab yang ada hubungan sangat baik dengan Genoa.”

Presiden Genoa sebelum ini dilaporkan meminta AC Milan menyegerakan bidaan ke atas Piatek kerana mereka mahu menjual pemain itu ke kelab tersebut.

“Tawaran daripada AC Milan tiba pada 2 minggu yang lalu. Bagi saya, ianya situasi menang-menang di mana AC Milan memberikan wang yang banyak kepada Genoa, dan saya pula dapat bermain di sini.”

Seterusnya, Piatek menggambarkan West Ham sebagai kelab kecil berbanding dengan AC Milan.

Piatek menambah: “Tanpa keraguan lagi bahawa saya datang ke AC Milan. Bukan mahu merendah-rendahkan West Ham, namun saya datang ke kelab yang lebih besar.”

“Tawaran West Ham secara ekonominya mereka mahu memberikan saya terma yang hampir sama dengan gaji lebih lumayan. Namun dalam karier saya, wang bukan segala-galanya. Di sini, saya berpeluang untuk merasai pentas UCL.”

Komen itu telah membangkitkan kemarahan penyokong West Ham.

Gennaro Gattuso gembira dengan kehadiran Piatek dan beliau berseloroh menyatakan: “Piatek pemain yang tidak banyak bercakap. Beliau ada seperti Robocop sedikit. Hanya perkara yang beliau katakan adalah: ‘Saya nak jaringkan gol, saya nak jaringkan gol’.”

“Piatek ada semangat yang tinggi dan ianya agak mengejutkan saya, bagaimana beliau dialu-alukan di sini oleh rakan sepasukan barunya dan staf kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN