Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berdepan Kelantan untuk aksi kedua Piala Malaysia pusingan 16 terbaik di halaman sendiri sebelum menentukan jika mereka layak atau tidak ke peringkat suku akhir malam ini.
Tampil dengan begitu gah pada perlawanan pertama lalu, JDT sudah pun selangkah ke pusingan seterusnya selepas mereka menewaskan Kelantan pada aksi pertama dengan keputusan penuh 5-1 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Walaupun sudah lengkap di segenap posisi, JDT dianggap masih belum berpuas hati dengan prestasi semasa mereka yang juga sedang membuat persiapan sebelum mengharungi aksi ACL tidak lama lagi.
It's matchday!
⚽ JDT vs KELANTAN
🏆 Piala Malaysia 2023
🏟 Sultan Ibrahim Stadium, Iskandar Puteri
🕘 21:00Get your tickets at https://t.co/4EKIFak3ZW now!#JDTvKEL#PialaMalaysia2023#WhatCanYouDo#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/bzFpzqjQMz
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 19, 2023
Terbaharu, pasukan tersebut secara rasminya sudah pun menandatangani dua import baharu untuk terus memperkasakan kekuatan di bahagian serangan serta meningkatkan lagi kualiti di sudut kreativiti.
Pemain yang ditandatangani terlebih dahulu merupakan bintang yang sudah pun mencipta sensasi di Thailand iaitu Heberty Fernandes dan sudah memberi impak besar di bahagian serangan JDT.
Bersama JDT, Heberty kini menggantikan khidmat Fernando Forestieri serta Diogo Luis Santo yang mengalami kecederaan dengan begitu menyakinkan selaku penyerang import baharu.
Kehadiran Heberty jelas memberi isyarat penting kepada pasukan lawan, tentang kualiti pemain tersebut juga jelas sangat berbahaya walaupun JDT tanpa kelibat Forestieri.
Kini, JDT juga sudah pun mengumumkan kehadiran pemain tengah menyerang baharu mereka dari Jepun iaitu Takahiro Kunimoto untuk memperkukuhkan lagi aspek kreativiti kelab dalam menjana serangan.
Kunimoto yang setakat ini sudah pun menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan lain dijangka mungkin bakal beraksi buat pertama kali pada malam ini menentang Kelantan.
Tanpa kelibat Leandro Velazquez yang sinonim di posisi itu, kini hanya Kunimoto dilihat individu paling sesuai untuk dipertaruhkan Esteban Solari untuk memastikan JDT mendapat jaringan bertemu lawan.
Welcome to the Home of the Southern Tigers! 💙❤️#TakahiroKunimoto#NewSigning#JDTFamily#WhatCanYouDo pic.twitter.com/IKuAUc2znV
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 12, 2023
Hadir dengan reputasi yang tinggi dalam saingan J1 League serta K League di Korea Selatan, pengalaman pemain berusia 25 tahun itu pasti ditagih selaku hub utama kreativiti pasukan.
Kunimoto juga merupakan seorang pemain yang sangat lincah mengawal bola serta kreatif untuk membuat hantaran lolos kepada rakan sepasukan untuk mendapatkan jaringan.
Kehadiran pemain ini juga dijangka sebagai salah satu daripada pelan persiapan JDT sebelum mengharungi kejuaraan ACL yang bakal berlangsung nanti untuk berdepan kelab-kelab lebih kuat.