Tomislav Steinbruckner Sedia Pertaruh Kembali Jordan Mintah Buat Terengganu?

Pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner mungkin akan menggunakan kembali khidmat penyerang import mereka musim ini iaitu Jordan Mintah untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M) atau kejuaraan AFC.

Sebelum itu, dilaporkan kedua watak penting buat Terengganu ini tidak mempunyai persefahaman selepas pertengkaran berlaku dan menyaksikan Mintah diturunkan ke skuad Piala MFL.

Mintah yang sebelum ini tampil cemerlang bersama Sang Penyu dalam beberapa perlawanan menjadi buah bicara kebanyakan penyokong Terengganu selepas beliau dilihat sudah lama tidak bersama skuad utama.

Ketika ini, Terengganu lebih banyak menggunakan khidmat Ivan Mamut sahaja selaku penyerang utama, dan Adisak Kraisorn juga dilaporkan masih mengalami kecederaan.

Menurut pengurus kelab iaitu Mohd Fazil Wahab, beliau berharap supaya isu perselisihan yang membabitkan Steinbruckner bersama Mintah dapat diselesaikan segera.

Ianya kerana, ia dianggap hanya merugikan pasukan kerana ketika ini Sang Penyu masih mempunyai baki perlawanan dalam persaingan Liga Super serta akan menyertai kejuaraan AFC yang lebih mencabar.

“Saya harap perselisihan faham antara ketua jurulatih, Tommy (Tomislav Steinbruckner) dengan penyerang, Jordan Mintah yang berlaku sebelum ini sudah berakhir kerana ianya boleh merugikan pasukan,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Untuk rekod, Mintah dilihat beraksi kali terakhir bersama pasukan utama Terengganu pada 25 Jun lalu ketika Sang Penyu mencatat kekalahan kepada Kuala Lumpur City (KL City) untuk aksi separuh akhir Piala FA.

Difahamkan juga, kesan pertengkaran kedua individu itu menyebabkan Mintah digugurkan daripada pasukan utama serta lebih banyak beraksi untuk pasukan Terengganu dalam saingan Piala MFL.

“Pihak pengurusan sudah bertemu Tommy dan Mintah sebelum ini untuk menyelesaikan perselisihan faham antara kedua-dua individu itu selepas tamat separuh akhir Piala FA.

“Mereka sudah berdamai sekali gus menyaksikan kemelut itu sudah selesai, lagipun jurulatih dan pemain bertelingkah perkara biasa di padang dan ianya hanya seketika, jadi sekarang jika dia (Mintah) tidak diturunkan beraksi ianya adalah strategi ketua jurulatih,” tambahnya lagi.

Khabar angin sebelum itu juga menyatakan Mintah bakal beraksi bersama Kelantan pada jendela perpindahan kedua lalu, selain poster wajah pemain itu turut dipaparkan menerusi laman rasmi The Red Warriors sebelum dipadam kembali.

Namun Mintah menafikan perkara tersebut dengan menyatakan beliau masih kekal bersama Terengganu sehingga kontrak beliau tamat.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN