Sampaoli Umum Barisan Awal Skuad Piala Dunia Argentina

Jurulatih skuad kebangsaan Argentina, Jorge Sampaoli menyenaraikan hampir semua pemain bintangnya termasuk bintang Barcelona, Lionel Messi, Sergio Aguero dan Angel Di Maria dalam senarai awal 35 pemain ke Piala Dunia Russia.

Skuad itu akan dikecilkan kepada 23 pemain akhir pada 21 Mei ini apabila beliau mengumumkan senarai rasmi pasukannya.

Penyerang Inter Milan, Mauro Icardi dan perancang tengah Juventus, Paulo Dybala turut disenaraikan. Sampaoli juga memberi peluang kepada pertahanan Everton, Ramiro Funes Mori dan dua pemain berbakat Racing Club, Lautaro Martinez dan Ricardo Centurion.

Turut disenarai pemain tengah Sporting Lisbon yang tidak pernah beraksi Rodrigo Battaglia, penjaga gol River Plate, Franco Armani, Gonzalo Higuain serta dua pemain Manchester United, Sergio Romero dan Marcos Rojo.

Pemain AC Milan, Lucas Biglia, yang mengalami kecederaan belakang baru-baru ini, turut berada dalam senarai panjang itu.

Argentina memulakan kempen Piala Dunia menentang Iceland pada 16 Jun depan sebelum bertemu Croatia pada 21 Jun dan Nigeria lima hari kemudian.

Pemenang Piala Dunia 1978 dan 1986, pasukan Amerika Selatan itu tidak memenangi kejohanan utama sejak menjuarai Copa America 1993 dan beraksi tidak konsisten sejak tewas kepada Jerman pada final empat tahun lalu.

Sekalipun mereka layak ke final Copa America 2015 dan 2016, mereka kalah kedua-duanya dan Sampaoli adalah jurulatih ketiga dalam tempoh empat tahun.

Senarai 35 pemain awal skuad Argentina:

Penjaga gol: Sergio Romero (Manchester United/ENG), Nahuel Guzman (Tigres Monterrey/MEX), Wilfredo Caballero (Chelsea/ENG), Franco Armani (River Plate).

Pertahanan: Gabriel Mercado (Sevilla/ESP), Federico Fazio (AS Roma/ITA), Nicolas Otamendi (Manchester City/ENG), German Pezzella (Fiorentina/ITA), Ramiro Funes Mori (Everton/ENG), Marcos Rojo (Manchester United/ENG), Nicolas Taglafico (Ajax/NED), Javier Mascherano (Hebei Fortune/CHN), Marcos Acuna (Sporting Lisbon/POR), Eduardo Salvio (Benfica/POR), Cristian Ansaldi (Torino/ITA).

Tengah: Ever Banega (Sevilla/ESP), Guido Pizarro (Sevilla/ESP), Lucas Biglia (AC Milan/ITA), Leandro Paredes (Zenit St Petersburg/RUS), Angel Di Maria (Paris Saint-Germain/FRA), Giovani Lo Celso (Paris Saint-Germain/FRA), Enzo Perez (River Plate), Manuel Lanzini (West Ham/ENG), Pablo Perez (Boca Juniors), Cristian Pavon (Boca Juniors), Maximiliano Meza (Independiente), Ricardo Centurion (Racing), Rodrigo Battaglia (Sporting Lisbon/POR).

Penyerang: Lionel Messi (Barcelona/ESP), Gonzalo Higuain (Juventus/ITA), Paulo Dybala (Juventus/ITA), Mauro Icardi (Inter Milan/ITA), Sergio Aguero (Manchester City/ENG), Diego Perotti (AS Roma/ITA), Lautaro Martinez (Racing).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN