Apakah Syarat Yang Perlu Dipenuhi Pemain Import Untuk Bermain Di Liga Malaysia?

Perak

Bagi memastikan Liga Malaysia (unifi Liga Super dan 100PLUS Liga Premier) menjadi sebuah liga yang kompetitif dan destinasi pemain-pemain berkualiti, pemain-pemain import perlu memenuhi syarat. Ini demi memastikan yang dipikat oleh pasukan-pasukan yang bertanding mestilah mempunyai kualiti.

Kualiti seorang pemain import ditentukan oleh dua pihak – pasukan dan pengelola liga. Pihak pasukan akan menentukan kualiti pemain import melalui laporan tinjauan bakat (scouting), rekomendasi jurulatih dan perlawanan ujian.

Tetapi bagi pengelola liga kita, Malaysia Football League (dahulunya dikenali sebagai Football Malaysia LLP atau FMLLP), bagaimana mereka memastikan pemain import yang berdaftar dalam sistem pendaftaran pemain adalah pemain berkualiti?

Syarat (kriteria) bagi pemain import ASEAN

Bermula musim 2018, MFL memperkenalkan 1 lagi slot pemain import kepada pasukan-pasukan unifi Liga Super iaitu slot pemain ASEAN. Slot ini merupakan tambahan kepada 4 slot pemain import sedia ada (1 slot wajib pemain Asia dan 3 pemain dari benua lain).

Slot pemain import bagi pasukan-pasukan 100PLUS Liga Premier pula masih lagi dihadkan kepada 4 slot (1 slot wajib pemain Asia dan 3 pemain dari benua lain) sahaja.

Slot tambahan pemain import ASEAN ini bererti pasukan unifi Liga Super boleh memainkan 5 pemain import mereka dalam perlawanan liga pada satu-satu masa. Tetapi dalam pertandingan Shopee Piala FA dan Piala Malaysia, mereka hanya boleh menurunkan 4 pemain import sahaja.

Sumber: Football Malaysia LLP, Facebook.

Menurut Manual Pertandingan Liga Malaysia 2018, pemain import ASEAN yang ingin beraksi dalam saingan Liga Malaysia harus memiliki sekurang-kurangnya 30 kaps bersama pasukan kebangsaan masing-masing. Kaps mereka juga perlu mendapat pengesahan dari persatuan bola sepak negara mereka sebelum boleh didaftarkan secara automatik ke dalam pasukan.

Evan Dimas dan Andik Vermansyah adalah antara pemain slot ASEAN yang layak beraksi dalam Liga Super (Foto: Bola.com)

Bagi pemain yang tampil kurang daripada 30 kali untuk pasukan negara masing-masing, pemain import ASEAN tersebut hanya dibenarkan beraksi di Liga Malaysia selepas mendapat pelepasan daripada pihak FMLLP.

Baca lanjut mengenai syarat-syarat dan kriteria pemain import ASEAN di sini: FMLLP Umum Syarat & Kuota Pemain Asing Liga Malaysia 2018-2021.

Syarat (kriteria) bagi pemain import bukan ASEAN

Bagi pemain-pemain import bukan ASEAN, syarat yang ditetapkan oleh MFL seperti dalam ketetapan Manual Pertandingan Liga Malaysia 2018 adalah seperti berikut:

i. Mana-mana pemain yang bermain di liga Eropah (UEFA) dan Amerika Selatan (CONMEBOL) mestilah bermain dalam liga kebangsaan divisyen ke-3 ke atas.

ii. Mana-mana pemain yang bermain di liga Afrika (CAF) dan Amerika Tengah (CONCACAF) mestilah bermain dalam liga kebangsaan divisyen ke-2 ke atas.

iii. Mana-mana pemain yang bermain di liga Asia (AFC) dan Oceania (OFC) mestilah bermain dalam liga kebangsaan utama sahaja.

iv. Pemain yang beraksi dalam liga kebangsaan divisyen ke-2 di Asia (AFC) dan Oceania (OFC) tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Mesti bermain di negara AFC atau OFC yang berkedudukan 1 hingga 50 dalam ranking FIFA (kedudukan ranking dikira secara purata sebelum tarikh pendaftaran dibuka); ATAU
  • Mana-mana negara yang berkelayakan seperti yang diputuskan oleh MFL

v. Bagaimanapun jika pemain tersebut merupakan pemain kebangsaan (semasa) dari negara-negara yang mempunyai kedudukan ranking FIFA yang lebih tinggi daripada pasukan kebangsaan Malaysia dalam senarai terkini (sebelum tarikh bermula pendaftaran pemain) adalah TIDAK TERTAKLUK kepada syarat (i), (ii) dan (iii) seperti di atas. Pemain berkenaan boleh didaftarkan tertakluk kepada syarat seperti yang telah ditetapkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN