Sampaoli: “Icardi Dan Dybala Mungkin Akan Digugurkan Daripada Pasukan Piala Dunia Kami”

Jorge Sampaoli menggugurkan 2 nama besar dalam skuad beliau dalam perlawanan persahabatan kali ini. Mereka adalah Paulo Dybala dan Mauro Icardi.

Ini selepas pengurus Argentina itu merasakan 2 pemain itu gagal meningkatkan beberapa aspek yang beliau mahukan dalam permainan mereka yang sesuai dengan corak permainan Argentina.

Dengan tegas Sampaoli memberikan amaran, jika 2 pemain tersebut gagal untuk meningkatkan aspek permainan mereka, mereka akan terlepas penerbangan ke Rusia pada Piala Dunia nanti.

Dybala dan Icardi digantikan dengan penyerang Boca Juniors, Cristian Pavon, serta penyerang Racing Club, Lautaro Martinez.

Sampaoli menafikan laporan media beliau sudah menutup pintu kepada beberapa pemain terutama sekali Mauro Icardi.

Menurut Sampaoli, selagi-lagi senarai akhir tidak diumumkan, selagi itu kesemua pemain masih berpeluang untuk meyakinkan beliau. Beliau berkata lagi:

“Kami tidak boleh membantu meningkatkan aksi beliau (Dybala). Oleh itu kami terpaksa menilai beberapa pemain lain yang lebih baik untuk menggantikan beliau. Ataupun kami akan terus bekerja memperbaiki aksi beliau dengan masa yang kami ada.”

Bercakap tentang Icardi pula, ini komen Sampaoli:

“Situasi Icardi hampir sama dengan Dybala. Perbandingan aksi Icardi dengan Inter dan aksi beliau dengan Argentina adalah jauh berbeza. Beliau agak mengecewakan dengan Argentina.”

“Saya sedari hal itu dan merasakan kami harus bekerja keras lagi. Masalah kami sekarang adalah masa yang kami ada sangat singkat.”

“Mungkin proses adaptasi beliau dengan sistem kami akan mengambil masa lebih lama daripada apa yang kami ada.”

“Saya tidak akan menutup pintu untuk beliau. Tetapi sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Argentina, keutamaan saya bukan kepada nama mereka tetapi keutamaan saya adalah kepada gandingan yang terbaik di dalam padang untuk pasukan Argentina.”

Sampaoli menyatakan beliau melihat Lionel Messi kini sudah mendapat kembali keyakinan beliau di dalam pasukan Argentina.

“Jika Messi OK, Argentina sentiasa pasukan beliau bukannya saya. Beliau lebih lama mengenali rakan sepasukan beliau berbanding dengan saya. Rasanya Argentina adalah pasukan pilihan dalam Piala Dunia nanti.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN