Alistair Edwards Nafi Khabar Angin JDT Arah Pemain Pulang

Dalam satu kenyataan oleh Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards menafikan khabar angin yang menyatakan kelab berkenaan mengarahkan pemain-pemain mereka yang bersama skuad kebangsaan telah dipanggil pulang.

Hari ini tular di media sosial yang mendakwa 14 pemain JDT telah dipanggil balik daripada menganggotai skuad kebangsaan. Ini berikutan tiada kelibat mana-mana pemain tersebut kelihatan di pusat latihan skuad negara siang tadi.

Kesebelasan utama skuad Harimau Malaya menentang Mongolia semalam. FOTO: FAM

Sebaliknya 9 muka baharu telah dipanggil oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk menyertai latihan khusus untuk perlawanan menentang Lubnan.

Dalam perkembangan yang sama, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengesahkan tiada pemain digugurkan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Sebaliknya 9 muka baharu yang dipanggil itu adalah sebahagian daripada perancangan jurulatih Tan Cheng Hoe untuk melakukan penggiliran pemain.

Sembilan pemain yang dimaksudkan itu ialah Zaquan Adha Abd Radzak (Kuala Lumpur), Shahrel Fikri Fauzi (PKNP), Jafri Firdaus Chew, Shahril Saari (PKNS), Nor Hakim Hassan, Nazirul Naim Che Hashim, Syazwan Zaipol Bahari (Perak), Syawal Nordin (Kedah) dan Kogileswaran Raj (Pahang).

Gambar: Shahril Saa’ri

Menurut Alistair beliau berasa pelik apabila kelab seperti JDT kurang digemari oleh ramai rakyat di negara ini sehingga sering terkait dengan isu-isu yang tidak berkenaan seperti pindaan jadual perlawanan dan prestasi pasukan kebangsaan di dalam perlawanan antarabangsa.

Dalam kenyataan tersebut, Alistair dipetik sebagai berkata:

“Beberapa hari ini, terdapat beberapa kekecohan yang dikaitkan dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Pindaan jadual, malah persembahan skuad kebangsaan turut dikaitkan dengan JDT.”

Sumber: FMLLP, Facebook.

“Kadangkala saya sebagai orang luar yang datang ke sini pun berasa pelik apabila ada kelab yang sedang membangun seperti JDT yang mana mempunyai fasiliti yang terbaik, pemain yang bagus serta bermacam-macam pencapaian di dalam dan luar padang tetapi dibenci oleh ramai rakyat di negara ini.”

“Isu terbaru pula adalah terdapat kenyataan palsu mengenai beberapa pemain JDT yang dipanggil pulang. Setahu kami, pada masa ini tiada pemain JDT yang mewakili negara dipanggil pulang malah tidak ada surat arahan menyuruh mereka pulang.”

“Selain itu, pemain-pemain tersebut juga tidak digugurkan oleh Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe dan apa yang kami tahu adalah akan ada penggiliran pemain dalam skuad tersebut.”

Alistair turut mengesahkan mereka telah mengenalpasti individu yang sengaja mengeluarkan kenyataan dan tuduhan palsu tersebut untuk tidakan peguam kelab berkenaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN