14 Pemain JDT Dilepaskan Daripada Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya

Kejutan melanda sesi latihan pusat skuad kebangsaan hari ini apabila kelibat beberapa muka baharu dilihat telah turun dari bas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menjalani latihan dengan skuad Harimau Malaya.

Difahamkan pemain tersebut akan menggantikan 14 pemain daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang disahkan telah meninggalkan kem latihan pusat skuad kebangsaan.

9 pemain yang telah dipanggil untuk menggantikan mereka ialah Shahrel Fikri (PKNP FC), Syazwan Zaipol dan Nazirul Naim (Perak), Nor Hakim Hassan (Terengganu FC), Jafri Chew dan Shahril Shaari (PKNS FC), Syawal Nordin (Kedah), Zaquan Adha (Kuala Lumpur) and R. Kogileswaran (Pahang).

Menerusi tinjauan di laman instagram 14 pemain JDT tersebut, didapati mereka semua sudah pulang ke rumah dan bercuti dengan keluarga masing-masing.

Laman facebook rasmi FAM turut mengesahkan bahawa mereka tidak akan ikut serta skuad Harimau Malaya ke Beirut bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan dan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Nepal pada 1 April 2018.

Semalam, 14 pemain JDT itu sempat beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe dimana Harimau Malaya gagal menamatkan kemarau kemenangan apabila sekadar seri 2-2 menentang Mongolia di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Keputusan tersebut memanjangkan lagi rekod buruk skuad negara yang masih gagal meraih sebarang kemenangan sejak kali terakhir dilakukan ketika menang ke atas Kemboja 3-2 pada aksi Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada tahun 2016.

Malaysia yang berada di ranking ke-178 Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilihat bergelut untuk mengatasi skuad Genghis Khan yang menduduki tangga lebih rendah iaitu 189.

Keputusan seri itu juga mengundang rasa tidak berpuas hati dalam kalangan penyokong skuad Harimau Malaya.

Ia dianggap sebagai keputusan yang amat mengecewakan apabila mengetahui pemain Mongolia kebanyakannya merupakan pemain berstatus semi professional dan hanya bermain kerana hobi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN