Sam Allardyce Cuba Bawa Steven N’Zonzi Ke Skuad England, Dakwa Tiada Defensive Midfielder Inggeris

Setiap ketua jurulatih atau pengurus pasukan pasti mempunyai beberapa pemain yang dipercayai dan dibawanya ke mana-mana pasukan yang diuruskannya.

Hal ini berlaku kerana pemain yang dipercayai mereka itu sesuai digunakan dengan falsafah dan taktikal yang digunakan oleh pengurus atau ketua jurulatih tersebut.

Dan inilah yang berlaku baru-baru ini kepada Steven N’zonzi (gambar bawah).

Tetapi apa yang mengejutkan media adalah pengurus yang mahu memanggil N’zonzi bermain bukanlah pengurus kelab. Sebaliknya pengurus England, Sam Allardyce!

Kekurangan pemain tengah defensif

Sebab utama Allardyce ingin membawa N’zonzi ke skuad England adalah kerana N’zonzi belum lagi melakukan penampilan bersama negara kelahirannya di peringkat senior iaitu Perancis.

Dalam pada masa yang sama, N’zonzi juga telah bermain di England selama 5 tahun sejak 2009.

Syarat untuk mendapatkan kerakyatan di United Kingdom adalah perlu bermastautin selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Menyedari kekurangan defensive midfielder yang sesuai untuk pasukannya dari bangsa Inggeris, Allardyce mula mencari pemain yang sesuai dengan taktikal beliau.

(Kami boleh fikirkan 5 calon defensive midfielder berbangsa Inggeris untuk skuad England kendalian Allardyce: Eric Dier, Danny Drinkwater, Isaac Hayden, Tom Huddlestone, Michael Carrick)

Lalu Allardyce mula memikirkan yang beliau mempunyai peluang untuk mendapatkan N’zonzi sebagai pemain England. Menurut Allardyce:

“Steven (N’zonzi) merupakan pemain yang sangat bagus. Tetapi beliau tidak pernah dapat penghargaan yang sepatutnya disebabkan saiz badan yang terlalu besar.”

“Bila pemain tersebut terlalu besar, orang akan mula berfikir yang kaki mereka tidak akan setangkas minda mereka berfikir bila bermain.”

“Dan mereka juga akan rasa pemain tersebut tidak tajam dan tangkas dalam pergerakan mereka.

Dihalang FIFA

Namun begitu, usaha Allardyce untuk membawa N’zonzi ke skuad England dihalang oleh FIFA.

Walaupun beliau belum pernah melakukan penampilan bersama skuad senior Perancis, FIFA menghalang percubaan Allardyce tersebut kerana N’zonzi pernah bermain bersama skuad bawah-21 tahun Perancis pada 7 tahun yang lalu.

Namun FIFA difahamkan yang pihak Football Association (FA), akan merayu mengenai hal ini walaupun peratusan untuk berjaya dalam proses rayuan ini tipis.

“Kami sudah mencuba untuk dapatkan N’zonzi untuk skuad England, dan saya jelas berminat dengan pemain tersebut.”

“Namun setelah FIFA menghalang usaha kami, saya rasakan ianya mustahil untuk rayuan itu berjaya. Dan saya rasakan perkara ini tiada gunanya lagi.”

Allardyce adalah orang yang bertanggungjawab membawa N’zonzi ke England pada 2009, ketika itu beliau menjadi pengurus di Blackburn Rovers.

Selepas 3 tahun di Blackburn Rovers, N’zonzi ke Stoke City pada 2012 dan ke Sevilla selepas 3 tahun berada di sana.

Baca juga: Sam Allardyce: Diego Simeone Akan Dipanggil ‘Boring’Jika Beliau Mengurus Di Premier League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN