EA Sports Umum Ciri Baharu FIFA Ultimate Team, MyClub PES Bakal Jauh Ketinggalan

Nampaknya siri yang paling diminati ramai peminat FIFA akan menjadi lebih menarik!

EA Sports mengumumkan ciri-ciri terbaharu untuk mod permainan FIFA Ultimate Team (FUT) yang dijangkakan akan memberikan lebih banyak keseronokan berbanding edisi-edisi yang lalu.

Jika ketika FIFA 16, FUT berjaya menarik pemain menerusi mod ‘draft’, kali ini FUT hadir dengan lebih banyak mod permainan yang pastinya menyeronokan!

FUT Champions

FUT Champions merupakan mod dimana pemain perlu melalui bermain daily knockout tournament untuk mendapatkan ganjaran serta layak ke Weekend League.

Di Weekend League pula, pemain perlu memenangi sebanyak mana perlawanan untuk menaikkan ranking pemain yang di mana ranking tersebut meliputi semua pemain FUT di seluruh dunia!

maxresdefault (7)

Sekiranya pemain menjadi juara untuk Weekend League, pemain akan mendapat hadiah seperti 100 ribu coins, 5 pek pemain rare ataupun kad pemain istimewa.

Jika pemain kekal konsisten, pemain akan mendapat ganjaran istimewa setiap bulan.

Melalui FUT Champions juga boleh dijadikan kepada tiket untuk layak kejohanan berskala besar di peringkat tertinggi seperti FIFA Interactive World Cup!

Squad Building Challenges

Mod ini boleh dikatakan kesinambungan kepada mod ‘draft’ yang berjaya ketika FIFA 16.

Squad Building Challanges merupakan mod dimana pemain perlu membina skuad berdasarkan beberapa syarat.

Sebagai contoh, pemain perlu membina skuad berdasarkan pemain yang beraksi di La Liga sahaja, ataupun membina skuad yang hanya mempunyai pemain rating 70+ sahaja.

select_a_challenge-md-2x

Pemain boleh membina skuad dengan mencari pemain yang diperlukan melalui pek pemain, ataupun membeli terus melalui Transfer Market.

Sesudah berjaya menyiapkan cabaran, pemain akan dihadiahkan dengan ganjaran-ganjaran tertentu bergantung kepada cabaran yang dipilih.

FUT Legends yang baharu

Semakin ramai pemain menyertai senarai pemain lagenda dalam FUT menjadikan lebih 60 pemain bertaraf lagenda dalam mod permainan ini.

10 lagenda baharu dimasukan untuk siri FUT untuk FIFA 17 ini, mereka adalah:

  • Marc Overmars
  • Charles Puyol
  • Rio Ferdinand
  • Jamie Carragher
  • Paul Scholes
  • Alessandro Del Piero
  • Emmanuel Petit
  • Ole Gunnar Solskjaer
  • Juan Sebastian Veron
  • Luis Hernandez

Bagaimanapun, pemain lagenda ini hanya boleh didapati di platform Xbox One sahaja.

FUT kits

FUT akan menjadi lebih menarik dengan kehadiran jersi rekaan (customs jersey) yang dicipta oleh para pereka dan para artis yang terdapat dalam EA Soundtrack untuk FIFA 17.

Artis seperti Zedd, Kasabian dan Major Lazer mewakili para artis, manakala Emilio Sansolini dan Angelo Trofa mewakili para pereka.

image_0.img (1)

image_1.img (1)

Jersi rekaan ini boleh didapati menerusi pra-tempah.

Animasi baharu

Terdapat animasi baharu apabila pemain membuka pek pemain.

Untuk FIFA 17, pemain akan diperkenalkan dengan cara mereka keluar dari kad mereka sendiri dan ini ternyata sangat berbeza dengan cara animasi membuka pek pemain dalam siri FIFA yang lepas.

Reus-FIFA

Anda boleh lihat animasi tersebut di sini.

Baca juga: EA Sports Tolak Dakwaan Abai Peminat Career Mode, Umum Penambahbaikan Menarik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN