Allardyce Pos Poskad Tiup Semangat Kepada Pemain England, Sampai Selepas Dipecat

Di England, isu salah laku yang dilakukan oleh bekas pengurus England yang baru, Sam Allardyce masih lagi menjadi perbualan hangat di serata England.

Akhbar Telegraph mendedahkan Allardyce mengambil tawaran sebanyak £400,000 setahun sebagai bayaran konsultansi kepada sebuah firma Asia yang mahu melanggar peraturan perpindahan pemain.

screen-shot-2016-09-27-at-10-3

Hantar poskad

Selepas terdedahnya laporan tersebut, Sam Allardyce dan England FA berpisah diatas persetujuan bersama.

Allardyce ternyata tidak pernah menyangka ‘kerjaya impian’ miliknya akan musnah dek kerana pendedahan Telegraph.

Sewaktu beliau masih lagi bergelar pengurus England, Allardyce telah melakukan suatu perkara yang cukup baik untuk menguatkan semangat kekitaan antara para pemain England.

Allardyce sebenarnya telah menghantar sekeping poskad kepada setiap pemain yang menyertai skuad beliau dalam perlawanan menentang Slovakia tempoh hari.

Dalam poskad yang mempunyai mesej ringkas itu, Allardyce menghantar mesej seperti berikut:

“Perjalanan kita telah bermula”

“Tahniah! Perjalanan kita telah pun bermula dengan kemenangan sulung kita. Tak sabar hendak jumpa anda di lain masa.”

cropped_poscard

Namun malangnya, poskadnya tiba di rumah para pemain England pada hari Khamis (29 September 2016); hari sama Allardyce kehilangan jawatannya sebagai pengurus England.

4 ribu kemeja-T terbuang

Bukan setakat poskad itu sahaja yang telah menconteng arang di muka Allardyce dan England FA.

Sam Allardyce dan England FA turut telah menempah 4,000 kemeja-T yang tertera ayat “The Journey Has Begun” yang akan diberikan secara percuma kepada peminat England pada perlawanan menentang Malta.

Ayat tersebut merupakan kata-kata Allardyce sendiri untuk skuad England dan peminatnya.

Disebabkan pemecatannya, England FA telah menarik balik semua kemeja-T tersebut.

Sam Allardyce dilaporkan telah menyiapkan senarai nama pemain untuk skuad England yang bakal menentang Malta dan Slovenia.

Namun memandangkan Allardyce sudah tidak lagi bersama England, Gareth Southgate akan mengambil alih skuad England untuk perlawanan menentang Malta, Slovenia, Scotland dan Sepanyol.

Buat masa sekarang ini, Allardyce sedang pergi bercuti untuk menenangkan diri dari kekusutan yang dihadapinya ketika ini.

Baca juga: Allardyce Letak Jawatan Selepas Skandal Salah Guna Kuasa, Kekal Rekod Kemenangan 100%

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN