Jose Mourinho Maki Staf Kejurulatihan, Silap Bagi Arahan Taktikal Kepada Paul Pogba

Dalam satu perlawanan bola sepak, pengurus akan menyediakan beberapa arahan taktikal yang berbeza untuk membolehkan mereka menukar taktik apabila perlu.

Manchester United bergelut untuk menang 1-0 di tempat sendiri dalam Liga Europa menentang pasukan kerdil Zorya Luhansk dengan Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol kemenangan penting.

Mourinho Syaki Ada Benda Yang Tak Kena

Pada awalnya, gergasi Liga Perdana itu dijangka akan menang mudah. Jose Mourinho mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan corak permainan United.

Jose Mourinho kemudian pergi ke arah penolong jurulatih Giovanni Cerra dan meminta penjelasan daripada Cerra sambil membuka buku taktik yang berkaitan dengan peranan Paul Pogba.

Mourinho dilihat bengang kerana Cerra telah memberikan arahan taktikal dengan lampiran dari folder yang salah. Beliau juga  kelihatan menepuk-nepuk fail tersebut.

mourinho-slamming-1475210265-800

The Special One dilihat marah dan menjerit ke arah Cerra, individu yang menghasilkan maklumat grafik dan visual taktikal untuk setiap taktikal Manchester United.

Ketika ditanya wartawan tentang apa kenapa Mourinho kelihatan bengang dengan pembantu-pembantu beliau termasuk Rui Faria. Mourinho menjawab

mourinho-mixed-messages-1475210542-800

“Ia adalah ketika bola mati (set pieces). Mereka (Zorya) menukar pasukan mereka di saat-saat akhir.”

“Saya melihat Paul (Pogba) agak keliru dengan peranan beliau, dan saya mahukan pembantu-pembantu saya meneliti isu tersebut.”

hi-res-eefb266e280c6a78b50884f3d03188f6_crop_north

Ini bermakna, pembantu-pembantu beliau tidak begitu waspada dengan perubahan taktikal lawan dan lambat untuk memberikan arahan taktikal yang baru kepada Paul Pogba.

Sesuatu yang kita pelajari di sini adalah, betapa spesifiknya mereka dalam pengurusan taktik sehingga menyediakan bayak visual dan grafik serta data yang berkaitan taktikal untuk satu perlawanan. Itu baru menentang Zorya.

Baca juga : Hasil Ketagihan Terhadap Football Manager, Lelaki Ini Peroleh Kerjaya Dengan Kelab Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN