Ketika umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih haiwan ternakan, lain pula ceritanya buat Mohamed Salah yang tampil dengan gaya baharu yang ‘mengorbankan’ rambut afro yang menjadi ‘trade mark‘ buatnya selama ini.
Penyerang antarabangsa Mesir itu mengekalkan imej unik rambut ‘menggerbang’ sejak kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menyertai Liverpool pada 2017.
Dalam hantaran terbaru di akaun Instagram dan Twitter miliknya, Salah membuat kejutan dan peminatnya melahirkan pelbagai reaksi dengan perubahan tersebut.
Mohamed Salah cutting his Afro off is the least thing I’ve ever expected. 😳 pic.twitter.com/jLj2rT4H1v
— Samuel (@SamueILFC) July 29, 2020
Dengan niat berjenaka, sebahagian daripada pengikut di media sosial ‘kecewa’ dan berharap Salah kembali dengan imej gaya rambut ikoniknya.
Sebahagian yang lain pula menyambut baik perubahan tersebut tetapi berharap kehabatan dan prestasi Salah tidak terjejas apabila ‘kehilangan’ rambut afronya itu.
Musim ini Salah telah menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan dan membantu Liverpool menjulang kejuaraan liga buat kali pertama selepas 30 tahun.
https://twitter.com/TimaLFC19/status/1288537298846580736?s=20
Dalam hantaran lain, Salah melahirkan penghargaan buat rakan sepasukannya, Dejan Lovren yang sudah disahkan akan menyertai kelab Rusia, Zenit St. Petersburg secara tetap.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana sahabatku. Kamu tak tahu bagaimana perasaan saya ketika ini. Kami tentu akan merindui kamu selepas ini terutamanya saya sendiri.
“Kamu telah menjadi pemain yang menakjubkan dan kawan yang hebat buat saya. Saya sangat sayangkan kamu. Sikap kamu yang hebat sama ada di dalam dan di luar padang pastinya akan dirindui.
https://twitter.com/ScorcherReports/status/1287731074731319298?s=20
“Terima kasih di atas apa yang telah kamu lakukan di kelab ini. Saya doakan kamu berjaya pada masa hadapan dan mendapat karier yang cemerlang bersama kelab baharu. Terima kasih dan jumpa lagi di masa akan datang.”
Kredit Foto: Instagram
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mohamed Salah dan Liverpool: