Salah Alisson Kembali Perkuat Liverpool Menjelang Aksi Menentang Man United

Liverpool mendapat perkhabaran gembira. Ini selepas Alisson dan Mohamed Salah kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan mereka.

Ianya bakal menjadi tonik yang sangat berharga untuk The Reds.

Alisson sebelum ini berehat panjang, selepas mengalami kecederaan ketika menentang Norwich pada 9 Ogos, dalam aksi pembukaan liga yang lalu.

Mohamed Salah pula mengalami kecederaan ketika dibentes oleh pemain gantian, Hamza Choudhury, ketika aksi menentang Leicster.

Alisson dan Mo Salah kembali menjalani sesi latihan penuh pasukan, dalam persiapan menentang seteru utama mereka, Man United.

Kedua-dua pemain antara nadi penting Liverpool dalam membantu kempen The Reds pada musim lalu.

Alisson diberikan rehat yang secukupnya ketika cedera dan tiada tekanan untuk Liverpool kerana adanya Adrian yang cemerlang membantu Liverpool menang kesemua 8 daripada 8 aksi liga setakat ini.

Alisson dinobat penjaga gol terbaik dunia oleh FIFA Best dalam malam anugerah yang lalu.

Mohamed Salah pula masih menjadi pemain penting Liverpool terutama sekali di dalam gandingan trio serangan bersama Mane dan Firmino.

Liverpool kini berada di puncak liga dengan 24 mata. Manakala Manchester United berada di tangga ke-12 dengan hanya 9 mata.

Ole Gunnar Solskjaer, sebelum ini, menyatakan aksi menentang Liverpool adalah aksi yang sempurna untuk mereka, dalam usaha untuk bangkit daripada kehambaran prestasi pada awal musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN