Sains: Kenapa Pemain Bola Sepak Gemar Memuntahkan Semula Air Yang Diminum

Pernahkah anda melihat situasi dilensa kamera disaat pengadil perlawanan menghentikan seketika masa permainan, kemudian kelihatan pemain melakukan kumuhan dan meludah semula air keatas padang ?

Bukan pemain profesional sahaja melakukan perkara seperti itu, kami pasti anda juga pernah melakukannya saat bermain bola sepak.

Tabiat berkumur dan meludah semula air itu disebut sebagai ‘Carb Rinsing’ atau Kumuhan Karbohidrat.

Apa itu Carb Rinsing ?

Menurut sumber dari New York Times, ‘Carb Rinsing’ merupakan salah satu teknik untuk mengembalikan semula kecergasan selepas kehilangan banyak tenaga.

Carb rinsing merujuk kepada teknik berkumur dengan larutan kaborhidrat dalam mulut untuk memperdaya tubuh badan agar berfikir terdapat pengambilan semula tenaga dengan meminum air.

Soccer Football – World Cup – Semi Final – France v Belgium – Saint Petersburg Stadium, Saint Petersburg, Russia – July 10, 2018 France’s Kylian Mbappe drinks water during the match REUTERS/Lee Smith

Selain itu, ianya juga dapat membantu memberi rangsangan kepada otak untuk mengekalkan kecergasan. Malah, ianya turut dapat mengekalkan kesegaran dibahagian otot-otot wajah.

Carb rinsing juga adalah satu latihan penting yang diiktiraf oleh pakar-pakar dalam bidang sukan, kerana teknik ini perlu dilakukan bagi memastikan jiwa seseorang atlet berada dalam keadaan tenang.

Jika mahu tenaga, kenapa tidak minum air ?

Minuman karbohidrat mengandungi Glukosa yang bertujuan untuk menambah simpanan tenaga dalam tubuh semasa dan selepas melakukan aktiviti.

Otot-otot menggunakan lebih banyak tenaga semasa senaman intensif berbanding aktiviti yang kurang intensif.

Hanya karbohidrat seperti glukosa boleh dibakar dengan begitu cepat untuk mengekalkan kadar penggunaan tenaga yang tinggi.

Persoalannya disini, jika meminum minuman karbohidrat boleh menambah stamina pemain, mengapa tidak melakukan hal sedemikian, sebaliknya meludah semula minuman tersebut ?

Ini disebabkan meminum air terlalu banyak boleh menyebabkan kembung dibahagian perut.


Ramai yang beranggapan meminum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka.

Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka.

Memang tidak dinafikan bahawa meminum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda.

Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup.

Namun begitu, jika seseorang atlet sukan yang sedang beraksi dan mengeluarkan banyak tenaga, ianya amat bahaya bagi tubuh badan.

Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.

Jika melakukan carb rinsing, anda dapat memperdayakan tubuh badan seolah-olah anda telah mengambil karbohidrat dan menjadikan tubuh anda lebih stamina tanpa masalah kembung perut.

Kesan ini berlaku apabila reseptor di dalam mulut menyerap karbohidrat dan menghantar isyarat ke otak, dengan mengatakan terdapat sumber tenaga yang akan masuk.

Ini menjadikan otot bekerja lebih keras, tanpa kesan negatif daripada minuman karbohidrat seperti kesakitan dibahagian perut dan kekejangan.

Carb Rinsing dalam kajian sains

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 dalam European Journal of Sport Science mendapati bahawa penyelidikan tentang kepenting Carb Rinsing dalam tubuh badan manusia.

Ahli kajian dari Coventry University telah menguji seramai 12 lelaki yang sihat di usia 20-an.

Hasilnya amat mengejutkan, dimana dengan melakukan Carb Rinsing, hampir 100% dari mereka mampu melompat lebih tinggi, membuat lebih banyak tekanan, dan berjalan lebih cepat dan kembali lebih fokus.

Satu lagi kajian dari tahun 2015, yang diterbitkan dalam Jurnal International Journal of Sport Nutrition and Exercise Metabolism
mendapati bahawa 12 atlet lelaki yang kompetitif mengalami kurang keletihan selepas melakukan Carb Rinsing.

Di negara kita juga turut dilakukan kajian mengenai Carb Rinsing ini. Satu laporan telah diterbitkan dalam Jurnal Applied Physiology, Nutrition, and Metabolism telah melakukan kajian keatas penungang basikal yang melakukan Carb Rinsing semasa bulan puasa.

Hasilnya mendapati teknik tersebut mempunyai lebih banyak manfaat dalam perlumbaan berbanding pemain yang berpuasa yang langsung tidak melakukan Carb Rinsing.

Apakah Carb Rinsing merupakan rahsia ketahanan bagi pemain bola sepak ? 

Walaupun Carb Rinsing didapati memberikan kesan positif kepada atlet dalam situasi tertentu, teknik ini didapati masih tidak mampu untuk memberikan kesan sempurna terhadap aktiviti sukan yang memerlukan ketahanan yang lama.

Carb Rinsing didapati memberikan lebih banyak kesan dalam sukan yang cepat dan berimpak tinggi seperti lari pecut berbanding aktiviti yang memerlukan ketahanan lama seperti maraton.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Sports Sciences melaporkan bahawa mereka telah mengkaji seramai 15 pelari wanita berlari selama 60 minit.


Keputusannya dilaporkan tidak dapat memberi kesan positif kepada pencapaian mereka.

Oleh itu, teknik carb rinsing untuk pemain bola sebenarnya hanya dapat membantu para pemain untuk kekal peka dan mengurangkan rasa penat.

Apatah lagi setelah hampir 90 minit bermain, bukan mudah untuk kekal fokus dan berstamina sepanjang tempoh masa tersebut.

Bagaimanpun, ramai pemain bola ternama turut mengamalkan teknik ini seperti Cristiano Ronaldo, Harry Kane dan Kylian Mbappe.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN