AFC B16: Luqman Ledak 4 Gol Bantu Malaysia Taji Taijikistan Dalam Cuaca Buruk

Malaysia memulakan aksi kumpulan A dengan kemenangan bergaya namun tak bersih kerana ada kekasaran yang tak sepatutnya pada babak akhir.

Di atas padang anak buah Lim Teong Kim ternyata pasukan yang lebih baik. Beraksi dalam kondisi padang yang licin dan cuaca buruk, Malaysia di hadapan menerusi Luqman Hakim pada minit ke-30.

Satu pertukaran hantaran antara pemain yang sangat menarik.

Tidak lama kemudian, Malaysia menambah gol menerusi pemain laju, Najmuddin Akmal menerusi sepakan penalti minit ke-33.

Sebelum rehat, Luqman Hakim meletakkan Malaysia 3 gol dia hadapan untuk masuk ke bilik rehat dengan pendahuluan 3-0.

Seminit bersambung babak ke-2, Luqman Hakim menjaringkan gol ke-3 peribadi beliau sekaligus menjadi pemain pertama melakukan hatrik dalam kejohanan kali ini.

Tidak terhenti di situ, Luqman Hakim meletakkan Malaysia 5 gol di hadapan selepas aksi menarik daripada Aliff Mutalib yang merampas semula bola ketika beliau kehilangganya.

Aliff menunggu masa sesuai untuk memastikan Luqman Hakim kekal onside dan mendapat ruang terbaik. Beliau melorongkan kepada rakan dan Luqman Hakim menjaringkan gol ke-4 peribadi beliau.

Malaysia kemudian agak hilang fokus dan melepaskan 2 sepakan penalti dalam 20 minit terakhir. Sharifbek Rahmatov menyempurnakan penalti pada minit ke-72.

Malaysia mendapat satu lagi sepakan penalti pada minit ke-76 yang disudahkan dengan deras oleh Aliff Mutalib.

Pada masa kecederaan penjaga gol Malaysia melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Keluar dan menerjah lawan dengan bentesan banaya. Pengadil tiada pilihan selain melayangkan Sikh Izhan dengan kad merah.

Taijikistan menjaringkan 1 lagi gol dan perlawanan tamat Malaysia menang 6-2.

Satu aksi yang cemerlang untuk skuad B-16 Malaysia. Sudah pastinya Lim Teong Kim akan menggariskan isu disiplin ketika bertahan.

Tahniah Malaysia!

Senarai pemain:

MALAYSIA: 1-Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (GK); 12-Raimi Shamsul, 5-Hariz Mansor (C), 3-Firdaus Ramli, 14-Ahmad Zikri Khalili; 11-Alif Mutalib, 8-Firdaus Kaironnisam, 18-Syukur Fariz Januri, 16-Umar Hakeem Suhar Rezwan; 10-Luqman Hakim Shamsudin, 7-Najmuddin Akmal Kamal Akmal.

Sub: 2-Azannis Adzri Abdul Halim, 4-Ali Imran Sukari, 6-Ikhwan Hafizo, 9-Amirul Azzim Ruzki, 13-Harith Naem Jaineh, 15-Alif Daniel Abd Aziz, 17-Alias Alan, 19-Harith Haiqal Adam Afkar, 20-Danial Amali, 21-Abdul Alim Al-Amri Ali (GK), 22-Syahmi Adib Haikal Shukri (GK), 23-Danish Ishak.

TAJIKISTAN: 1-Mukhriddin Hasanov (GK), 2-Jonibek Sharipov, 4-Muhammadrasul Litfullaev, 5-Shahrom Nazarov, 8-Nidoyor Zabirov, 9-Rustam Soirov, 10-Isroil Kholov, 13-Amadoni Kamolov, 14-Sharifbek Rahmatov, 20-Ozodbek Pandžiev, 22-Isroil Kholov.

Sub: 3-Parviz Khodiyev, 6-Khamzadjon Akhtamov, 11-Shohrukh Sangov, 12-Mehrobdjon Azimov, 15-Muhammadali Azizboev, 16-Samandar Karimov (GK), 17-Umedjon Kholikov, 18-Azizbek Khasanov, 19-Ibrohim Zokirov, 21-Sunatullo Ismoilov, 23-Firuz Nazarov (GK).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN