Bekas bintang Manchester United, Louis Saha percaya yang Steven Gerrard dan Cristiano Ronaldo sebenarnya tidak dapat penghormatan yang selayaknya mereka terima.
Melihat Steven Gerrard dipecat oleh Aston Villa, Saha percaya kelab dari Premier League itu sama sekali tidak menghormati legenda England itu.
Gerrard baru-baru ini telah dipecat oleh Aston Villa selepas beliau gagal membawa kelab ke tahap yang diharapkan.
‘It’s a very brutal’ – Saha likens Man Utd ‘disrespect’ of Ronaldo to Gerrard’s sacking at Aston Villa https://t.co/LCK63thFWc via @Yahoo 10Hag needs to stop his clownish disrespect of CR7 , its not on & was never on.Dont abuse yo position to disrespect CR7,not bakn down on this
— UnitedWinners – Fan Channel #trustthemaths (@UtdWinners) October 29, 2022
Beliau hanya mampu membantu Villa mencatatkan satu kemenangan sahaja dari sembilan perlawanan dalam saingan Premier League.
Ronaldo sendiri sementara itu terus menerus dikecam oleh pelbagai pihak atas masalah disiplin yang beliau tunjukkan sejak kebelakangan ini.
Beliau semakin teruk dihentam kerana menolak untuk dimasukkan pada minit-minit akhir permainan dalam perlawanan bertemu Tottenham Hotspur baru-baru ini.
Kedua-dua Gerrard dan Ronaldo mendapat kritikan yang teruk dari peminat di media sosial dan Saha percaya mereka tidak mendapatkan penghargaan yang selayaknya mereka terima.
"You can understand why he may have wanted a change when you see players like Lionel Messi scoring goals for fun in the Champions League."https://t.co/KJ9xO0gikO
— Football365 (@F365) October 29, 2022
Bercakap kepada The Games Cabin, Saha menegaskan yang Ronaldo dan Gerrard sepatutnya lebih dihargai kerana mereka mempunyai legasi tersendiri dalam kancah saingan bola sepak Inggeris.
“Apa yang sudah dia lakukan selama bertahun-tahun untuk kelab, saya juga sesekali percaya yang dia sebenarnya tidak dihargai.”
“Kamu boleh faham mengapa dia mungkin mahukan perubahan ketika kamu lihat pemain seperti Lionel Messi bergembira menjaringkan gol dalam saingan Champions League.”
“Kita berada di era ketika kamu lihat pemain dengan legasi selama 15 tahun tak dapat sokongan atau penghargaan yang selayaknya mereka dapat, dengan Steven Gerrard dipecat di Aston Villa menjadi satu lagi contoh. Ia sangat kejam untuk industri ini.”
“Cristiano melalui dua ke tiga perlawanan dengan tidak begitu baik dan dia sepertinya tak dapat sokongan.”
Aston Villa Football Club can confirm that Head Coach Steven Gerrard has left the club with immediate effect.
— Aston Villa (@AVFCOfficial) October 20, 2022
Saha juga menegaskan yang situasi pada ketika ini sangat tegang untuk Ronaldo dan percaya bintang Portugal itu bukanlah pemain yang biasa-biasa.
Melihat lima gelaran Ballon d’Or yang pernah beliau menangi, Saha percaya Ronaldo merupakan pemain yang istimewa dan berhak mendapat layanan yang lebih baik.
Hal yang sama turut pernah disuarakan oleh bekas bintang Manchester United, Rio Ferdinand yang mendakwa bahawa Red Devils perlu beri layanan berbeza kepada Ronaldo kerana bintang Portugal itu pemain yang istimewa.
Hubungan Ronaldo bersama Erik ten Hag juga sepertinya sudah kembali baik selepas bekas bintang Real Madrid itu dilihat diturunkan ketika aksi bertemu Sheriff Tiraspol dalam saingan Europa League.
Erik ten Hag: "Seeing Cristiano Ronaldo get his goal was great. He created a lot, the team created for him and we know he has the capability to finish". 🔴🇵🇹 #MUFC
"Cristiano needed a goal and now I'm confident there will be more goals". pic.twitter.com/V9zVF115EV
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 28, 2022
Legenda Portugal itu walau bagaimanapun dikatakan akan tetap berusaha untuk meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini, dengan jendela perpindahan Januari bakal menjadi detik terbaik untuk beliau melakukan hal tersebut.
Steven Gerrard sementara itu masih lagi menganggur dan masih tidak jelas ke mana destinasi pilihan beliau selepas ini.