Sah Kembali Ke EPL Dengan Baki 7 Perlawanan, Burnley Kini Buru Gelaran Liga

Burnley

Kelab EFL Championship, Burnley telah berjaya misi mereka untuk kembali ke saingan Premier League musim hadapan.

Lebih hebat, ianya berjaya dilakukan dengan hanya sekali percubaan sahaja dan kredit seharusnya diberikan kepada Vincent Kompany yang berjaya membawa kejaayan kepada kelab tersebut.

Status mereka sebagai kelab Premier League telah berjaya diraih selepas berjaya merakamkan kemenangan ke atas Middlesbrough 2-1 di tempat lawan semalam.

Gol daripada Ashley Barnes dan Connor Roberts berjaya untuk memastikan Burnley menjadi pasukan pertama layak ke Premier League musim ini dengan dua baki tempat masih lagi terbuka untuk direbutkan.

Kredit seharusnya diberikan oleh Kompany yang memastikan Burnley bermain dengan cukup hebat dan berjaya menepis segala cabaran yang diberikan oleh pasukan-pasukan lain.

Lebih manis, kejayaan yang diraih untuk ke Premier League dirakamkan dengan Burnley masih lagi ada tujub perlawanan untuk dimainkan dalam musim EFL Championship.

Akan tetapi, mereka belum lagi mahu berhenti.

Selepas berjaya mendapatkan tempat ke Premier League, Burnley dilihat mahu mensasarkan kejayaan yang kedua dalam musim ini.

Apa yang dimaksudkan adalah dengan mereka kini dalam misi untuk mengesahkan gelaran liga agar menjadi milik mereka.

Berbaki tujuh perlawanan untuk dimainkan, skuad kendalian Kompany ini mempunyai kelebihan sembilan mata ke atas pencabar terdekat iaitu Sheffield United ditangga kedua.

Malah, poster Burnley di laman media sosial mereka turut memberikan mesej yang kelab itu belum lagi selesai dalam misi menjadi kejayaan.

“Kami adalah [kelab] Premier League. Tetapi kami belum selesai lagi,” kata poster tersebut.

Mesej jelas ini menandakan yang Burnley menerapkan budaya tidak mahu mengalah dan tidak cepat berpuas hati dalam mendapatkan kejayaan.

Adalah lebih manis untuk Burnley menamatkan musim ini dengan gelaran juara dan pastinya skuad kendalian Kompany ini akan menjadi tumpuan apabila tibanya musim baharu kelak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN