Safuwan Baharudin Sokong Selangor Sejak Kecil

Lahir dan membesar di negara jiran tidak menghalang pemain skuad kebangsaan Singapura, Muhammad Safuwan Baharudin untuk menyokong pasukan Selangor semasa beliau kecil terutamanya sewaktu zaman kegemilangan The Red Giants satu ketika dahulu sehingga digelar King of Malaya.

Pemain baharu Selangor tersebut mengakui peluang menyarung jersi pasukan kegemarannya itu membuatkan impiannya menjadi kenyataan selepas beliau diumumkan sebagai pemain import kuota ASEAN yang akan membawa cabaran The Red Giants untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan.

Dalam kenyataannya kepada Stadium Astro, Safuwan mendedahkan bahawa semasa kecil beliau kerap menyaksikan perlawanan-perlawanan yang membabitkan juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu terutama ketika bekas jurulatihnya di Pahang, Dollah Salleh mewakili pasukan tersebut.

Ini kerana bapa Safuwan, Baharudin Abdul Ghani merupakan sahabat baik kepada Dollah Salleh sewaktu zaman kanak-kanak dan mereka membesar bersama di Singapura. Tetapi kemudian mereka berpisah setelah Dollah berpindah ke Malaysia.

“Saya sangat gembira kerana dapat berhijrah menyertai Selangor, sebuah pasukan yang penuh dengan sejarah dan berharap untuk membantu pasukan kembali ke zaman kegemilangannya,” katanya.

Safuwan mula mencipta nama dalam kancah Liga-M sewaktu beliau mewakili pasukan LionsXII dan pernah bermain di Liga Australia pada 2015 apabila dipinjamkan selama tiga bulan ke pasukan Melbourne City.

Selepas LionsXII dibubarkan, beliau terus beraksi di Malaysia pada 2016 dengan menyertai pasukan PDRM sebagai pemain import selama dua musim dan kemudiannya bersama Pahang juga selama dua musim sehingga kontraknya tamat pada bulan lepas.

Dengan kebolehannya untuk beraksi di beberapa posisi berbeza terutamanya sebagai pertahanan dan pemain tengah, pemain berusia 28 tahun itu turut mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol terutamanya dalam situasi ‘set-pieces’.

“Kami akan menghadapi perlawanan persahabatan esok dan ia akan menentukan tempat saya beraksi dalam pasukan ini, namun saya sentiasa bersedia untuk diturunkan mengikut arahan jurulatih,” katanya lagi.

Kredit Foto: Selangor FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN