RASMI: Arteta Pengurus Baharu Arsenal

Arsenal akhirnya rasmi mengumumkan Mikel Arteta sebagai pengurus baharu pasukan mereka. Namun hanya akan memulakan tugasan rasminya pada Ahad.

Ini bermakna Arteta tidak akan melakukan debut berhadapan dengan satu lagi bekas kelab lamanya Everton.

Mikel Arteta merupakan bekas kapten pasukan Arsenal, bermain 5 musim untuk The Gunners dari 2011-2015.

Arteta setuju dengan kontrak 3 tahun setengah di Emirates.

Arteta dalam kenyataannya berkata: “Ini satu penghormatan terbesar. Arsenal salah sebuah kelab terbesar di dunia. Kita perlu bersaing untuk trofi tertinggi dan di dalam perlawanan.”

“Saya sudah menjelaskannya dalam perbincangan saya dengan Stan dan Josh Kroenke, serta beberapa pegawai senior dalam pasukan ini.”

“Kita tahu, ada banyak kerja untuk dilakukan dan untuk dicapai. Namun saya yakin kita akan berjaya melakukannya. Saya sangat realistik dan tahu ianya tidak akan berlaku dalam masa satu malam.”

“Tetapi skuad yang ada hari ini sarat dengan bakat dan ada saluran yang bagus untuk pemain muda datangd dari akademi ke pasukan utama.”

Josh Kroenke, mewakili lembaga pengarah Arsenal telah menyatakan kegembiraan mereka di atas kejayaan membawa balik Mikel Arteta.

Josh berkata: “Beliau tahu bahawa harapan penyokong kita di seluruh dunia adalah tinggi, dan kami yakin beliau boleh mengetuai cabaran ini dan membawa kelab ini kembali ke tahap yang kami inginkan.”

Josh mengucapkan terima kasih kepada Freddie Ljungberg yang berjaya mengendalikan pasukan Arsenal dengan baik ketika dalam tempoh sukar.

Ketua Bola Sepak Arsenal, Raul Sanllehi menegaskan: “Kita ada berjumpa dengan beberapa pengurus berkelas dunia namun Mikel paling meyakinkan setiap kami di sini.”

“Mikel memahami Arsenal dan tahu apa maknanya pasukan ini kepada penyokong kami di seluruh dunia. Kami sudah tak sabar untuk melihat beliau memulakan tugasannya dan mengeluarkan yang terbaik daripada skuad ini.”

“Dan kita akan bersama-sama bekerja untuk mengembalikan semula Arsenal ke landasan yang tepat musim ini.”

“Saya seharusnya memberikan penghargaan kepada Freddie Ljungberg di atas kerja keras dan kepimpinan beliau. Bersama dengan Per Mertesacker, beliau telah melakukan tugas sebaiknya dalam tempoh sukar kita.”

“Freddie dan Per adalah sebahagian penting kelab ini dan mereka menjaga kelab ini dengan sepenuh hati mereka.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN