Safiq Rahim Undi Cristiano Ronaldo, Ong Kim Swee Pilih Yaya Toure Dalam Ballon d’Or

Seperti yang anda sudah sedia maklum, Lionel Messi menjulang anugerah Ballon d’Or buat kali kelima, selepas menewaskan rakan sepasukan, Neymar dan pemenang anugerah sama 3 kali, Cristiano Ronaldo.

Lionel Messi memperolehi 41.33% undian, berbanding 27.76% yang diterima oleh Cristiano Ronaldo dan 7.86% yang diterima oleh Neymar.

Selepas membantu Barcelona memenangi 5 kejuaraan pada musim 2015 dan menjaringkan 48 gol, Messi menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh pemenang edisi 2007, Kaka.

Dalam ucapannya, Messi tak melupakan rakan sepasukannya:

“Ini kali ke-5 saya memenanginya (Ballon d’Or). Saya tak pernah menjangkakannya semasa saya masih kecil.”

“Saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang mengundi saya dan saya juga mahu berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukan saya. Tanpa mereka, semua ini tak mungkin dicapai.”

Pilihan kapten, jurulatih dan wartawan Malaysia

Ballon d’Or adalah anugerah individu yang diberi kepada pemain terbaik dunia sepanjang tahun. Pemenang dipilih berdasarkan undian daripada kapten dan jurulatih pasukan kebangsaan serta wartawan terpilih.

Bagi Malaysia, pengundi Ballon d’Or adalah kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim, pemangku jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee dan wartawan sukan veteran, Rizal Hashim.

Apa yang menariknya adalah setiap calon yang dipilih oleh mereka saling berlainan. Contohnya, Safiq Rahim memilih Cristiano Ronaldo sebagai calon pilihannya untuk memenangi Ballon d’Or 2015.

Datuk Ong Kim Swee pula memilih Yaya Toure sebagai calon utama. Manakala Rizal Hashim pula memilih Lionel Messi.

[table]
,Calon pertama (5 mata),Calon kedua (3 mata),Calon ketiga (1 mata)
Safiq Rahim,Cristiano Ronaldo,Alexis Sanchez,Neymar
Ong Kim Swee,Yaya Toure,Cristiano Ronaldo,Lionel Messi
Rizal Hashim,Lionel Messi,Luis Suarez,Javier Mascherano
[/table]

Lionel Messi,Neymar dan Cristiano Ronaldo yang masing-masing juga layak mengundi calon Ballon d’Or atas kapasiti sebagai kapten pasukan kebangsaan juga mempunyai pilihan calon yang menarik.

Mereka lebih cenderung untuk memilih calon dari kelab sama.

[table]
,Calon pertama (5 mata),Calon kedua (3 mata),Calon ketiga (1 mata)
Lionel Messi,Luis Suarez,Neymar,Andres Iniesta
Cristiano Ronaldo,Karim Benzema,James Rodriguez,Gareth Bale
Neymar,Lionel Messi,Luis Suarez,Ivan Rakitic
[/table]

Apa yang lebih menarik, kapten Guinea yang juga merupakan abang kepada satu lagi calon Ballon d’Or, Paul Pogba langsung tidak mengundi adiknya. Tahniah kepada abangnya kerana tidak mengamalkan nepotisme!

Senarai penuh pemenang

Pemain Wanita Terbaik: Carli Lloyd (USA)
Anugerah Puskas (Gol Terbaik Tahun 2015): Wendell Lira (lihat video)
Jurulatih bola sepak lelaki terbaik: Luis Enrique (Barcelona)
Jurulatih bola sepak wanita terbaik: Jill Ellis (USA)
World XI: Manuel Neuer; Thiago Silva, Marcelo, Sergio Ramos, Dani Alves; Andrès Iniesta, Luka Modric, Paul Pogba; Neymar, Lionel Messi, Cristiano Ronaldo.
Anugerah Fifa fair play: Semua persatuan bola sepak yang menyokong pelarian perang.

Baca juga: Peter Crouch Sedih Tidak Masuk Dalam Senarai Ballon d’Or, Jadi Stoke City Cuba Memujuknya

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN