Safee Sali Ucap Selamat Tinggal Kepada Perlis, Anggap Pengurusan PFA Tiada Hati Perut

Safee Sali sudah pun mengesahkan beliau meninggalkan pasukan Perlis. Safee Sali melabel pengurusan Perlis FA sebagai tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati perut.

Safee kecewa dengan pengurusan yang menganiaya pemain dan staf kejurulatihan yang bekerja dengan ikhlas selama ini.

Safee berkata: “Saya sudah membuat keputusan untuk tidak bersama dengan Perlis lagi. Segala yang saya curahkan dengan ikhlas memang tidak ada maknanya bagi pihak pengurusan.”

“Pemain dan staff kejurulatihan dah bagi yang terbaik sama ada dalam latihan mahupun dalam perlawanan.”

“Sayang memang sayang tetapi keputusan saya tekad [tinggalkan Perlis] demi memberikan pengajaran kepada pengurusan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak ada hati perut.”

“Dah banyak pengorbanan pihak jurulatih dan staff lakukan. Mungkin ini jalan yang terbaik buat masa sekarang.”

“Kita hanya boleh merancang tapi memang pasti Allah yang tentukan segalanya.”

“Selamat tinggal Kuning Biru. Terima kasih banyak-banyak atas semua kenangan.”

Safee Sali menegaskan sebelum ini beliau tidak menerima sebarang bayaran gaji sejak bulan pertama lagi.

Presiden PFA – Datuk Amizal Shaifit – sebelum ini menyatakan beliau akan berusaha menyelesaikan isu tersebut dan membidas pihak yang dikatakan membuat spekulasi ada pemain Perlis yang mahu angkat kaki.

Safee Sali memberitahu Astro Arena bahawa beliau sudah ada pasukan baharu yang berpangkalan di Lembah Klang. Namun buat masa ini, beliau enggan mendedahkannya terlebih dahulu.

Safee Sali juga memberikan penghargaan beliau kepada penyokong Perlis yang banyak menyokong mereka selama ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN