Henderson: “Liverpool Ada Kemampuan Untuk Julang EPL Dan UCL Musim Ini”

Kapten Liverpool, Jordan Henderson menegaskan bahawa pasukannya memiliki sepenuhnya kemampuan untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris(EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah sekaligus.

Di pentas EPL musim ini, Liverpool sedang bersaing dengan Manchester City dan Tottenham Hotspurs untuk menguasai tangga teratas liga. Melihat dengan prestasi cemerlang anak buah Jurgen Klopp pada ketika ini, mereka dinilai berpotensi untuk dinobatkan sebagai juara sekaligus mengakhiri kemarau selama 30 tahun kelab tersebut.

Sementara, kegagalan Liverpool diperlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu menjadikan pemangkin kebangkitan untuk The Reds meraih prestasi lebih baik musim ini.

Pendekatan Liverpool

Henderson menyebut bahawa Liverpool sentiasa menganggap setiap baki perlawanan musim ini adalah perlawanan terbesar bagi mereka, termasuk menjelang pertemuan dengan Bayern Munich, awal pagi nanti.

LIVERPOOL, ENGLAND – JANUARY 19: Liverpool players including Roberto Firmino of Liverpool (L) and Jordan Henderson of Liverpool (2R) celebrate their 3rd goal during the Premier League match between Liverpool and Crystal Palace at Anfield on January 19, 2019 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Simon Stacpoole/Offside/Getty Images)

Ditanya kepadanya, mana satu pilihan antara EPL dan Liga Juara-Juara, jawab Henderson: “Jika kami[Liverpool] boleh memilih, kami akan memilih dua-duanya.”

“Kami mengutamakan perlawanan demi perlawanan, tidak kira apakah persaingan sekalipun, jadi pada hari Rabu[lawan Bayern], bagi kami adalah perlawanan terbesar musim ini.”

Miliki keupayaan

Henderson menyuarakan keyakinan meraih gelaran juara musim ini. Beliau menegaskan bahawa pasukannya mempunyai keupayaan untuk tampil dengan cemerlang dalam kedua-dua pertandingan.

LIVERPOOL, ENGLAND – FEBRUARY 18: Jordan Henderson of Liverpool in action with his teammates during a Liverpool Training Session at Melwood Training Ground on February 18, 2019 in Liverpool, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

“Akan terus seperti itu sehingga akhir musim ini, seperti itulah pendekatan kami di setiap perlawanan. Itulah yang harus kami lakukan, bukan hanya menumpukan kepada satu kejuaraan sahaja.”

“Saya berasakan kami memiliki skuad yang mampu bersaing dalam dua saingan berbeza dengan sebaik mungkin. Semoga diakhir musim, kami berjaya menjadi juara, jika tidak satu, maka kedua-duanya sekali,” kata Henderson.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN