Safawi Rasid Sudah Kembali

Jaringan menakjubkan yang dijaringkan Safawi Rasid ketika aksi persahabatan antarabangsa menentang Kepulauan Solomon seakan memberi satu isyarat bahawa penyerang kebangsaan itu sudah kembali ke prestasi terbaiknya.

Mungkin itulah hikmah yang tersembunyi di sebalik penghijrahannya ke Liga Thailand setelah beliau dipinjamkan kepada Ratchaburi FC untuk tempoh enam bulan apabila peluangnya begitu terhad bersama Johor Darul Ta’zim sebelum itu.

Beliau yang merupakan pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga-M) bagi tahun 2018 dan 2019 bergelut untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, apatah lagi dengan kemunculan bintang muda Arif Aiman Hanapi.

Berbeza dengan sejarah ketika dipinjamkan ke kelab Portugal, Portimonense SC pada 2021, ternyata pemain kelahiran Dungun itu memanfaatkan tempoh tersebut dengan mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan minit permainan.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Sebelum itu jelas prestasinya dalam situasi yang membimbangkan, terutamanya ketika mewakali negara semasa kejohanan Piala AFF Suzuki pada penghujung tahun lalu. Sentuhan emasnya seakan semakin pudar dan semua pihak menyedari bahawa Safawi telah kehilangan satu elemen penting buat pemain bola sepak iaitu motivasi.

13 perlawanan yang dilalui bersama Ratchaburi telah mengembalikan keyakinan pemain ini. Menjelang temasya Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Malaysia ternyata memerlukan Safawi untuk kembali ke zaman perdananya.

Pada usia 26 tahun, karier Safawi masih panjang. Dalam perkembangan terbaharu, dilaporkan Safawi akan kekal bersama JDT selepas tempoh pinjamannya ke Ratchaburi tamat apabila liga negara jiran tersebut berakhir baru-baru ini.

Namun terdapat spekulasi yang mengaitkan beliau dengan beberapa pasukan tempatan yang berhasrat untuk meminjam khidmatnya sehingga penghujung musim ini. Dalam keadaan ini, Safawi sendiri perlu membuat pilihan apakah keputusan terbaik untuk dirinya dan juga demi kepentingan skuad negara.

Skuad Harimau Malaya selepas ini akan bertemu Papua New Guinea dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa bertemu Papua New Guinea pada Selasa depan. Penyokong pastinya ternanti-nanti magis apa lagi yang akan dijelmakan oleh Safawi sekiranya beliau dipilih Kim Pan-gon untuk membarisi kesebelasan utama.

Ayuh Safawi, kembali ke zaman kegemilanganmu!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN