Newcastle United Sasar Nicolo Barella Untuk Perkukuh Posisi Tengah Musim Depan

Newcastle United pastinya menjadi salah satu pasukan yang ketika ini sibuk membuat persiapan untuk menandatangani beberapa pemain baharu untuk memberi kekuatan tambahan pada musim hadapan.

Musim ini pasukan tersebut boleh dianggap berada dalam kelas tersendiri untuk tampil menonjol dalam persaingan English Premier League (EPL), sehingga mereka menamatkan cabaran di tangga keempat bagi mengatasi kelab pilihan, Liverpool.

Tampil dengan persiapan rapi serta beberapa pemain yang berkualiti musim ini seperti Bruno Guimaraes, Kieran Trippier, Alexander Isak, Miguel Almiron, dan ramai lagi, pasukan tersebut kini mahu terus memfokuskan kepada bintang baharu pula.

Kejayaan melayakkan diri ke saingan UEFA Champions League (UCL) selepas 20 tahun pastinya menjadi sesuatu yang sangat penting buat pengurus kelab, Eddie Howe untuk merancang sesuatu lebih baik.

Sebelum itu, Newcastle telah dikaitkan dengan beberapa pemain bintang seperti Kylian Mbappe, Neymar serta ramai lagi disebabkan kewangan kukuh dimiliki pasukan itu.

Namun, laporan daripada Sportbible menyatakan pasukan tersebut hanya mendapat dana sebanyak £80 juta sahaja untuk dibelanjakan sebelum musim baharu bermula.

Dan, sebahagian besar wang tersebut dijangka bakal dibelanjakan kepada seorang pemain di posisi tengah untuk mengukuhkan lagi jentera tersebut pada musim hadapan.

Pemain yang menjadi fokus pasukan tersebut kini dikhabarkan terarah kepada bintang Inter Milan pada musim ini beraksi di posisi tengah iaitu Nicolo Barella.

Menurut laporan dikeluarkan, nilai perpindahan membabitkan pemain kebangsaan Itali itu mencecah sehingga £50 juta dalam usaha Newcastle untuk meningkatkan kualiti posisi tengah bertahan.

Pada usia 26 tahun, Barella boleh dianggap sebagai nadi utama buat Inter Milan di posisi tengah dan berjaya membantu pasukan tersebut mara ke pusingan UCL sebelum tewas kepada Manchester City.

Sebelum itu, Barella juga menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan Itali yang memperoleh gelaran juara Euro pada musim 2021 serta kejuaraan liga bersama Inter Milan.

Jika Barella berjaya ditandatangani, ia memberi faedah besar buat Newcastle untuk menolak Guimaraes lebih bebas membantu posisi serangan bersama rakan sepasukan lain.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Cara pemainan Barella yang sentiasa berada di segenap kawasan serta mempunyai stamina tinggi bersama teknikal berkualiti menjadikan pemain tersebut bersesuaian dengan falsafah digunakan oleh Eddie Howe.

Selain Barella, pasukan tersebut juga turut mengintai peluang untuk cuba mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England musim hadapan iaitu James Maddison.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN